Friday, 14 September 2012

Hayat Hidup Aku


Aku sebuah handphone . Nama aku Sony Ericsson K550i . Kenapa badan aku warna putih ? Itu rahsia budak lelaki . Tuan aku pun budak lelaki . Tapi makin lama dia semakin matang , semakin dewasa kata orang .

Dulu aku tinggal dekat dalam almari pameran handphone di sebuah kedai . Sampailah suatu hari , ada seorang perempuan pertengahan umur melawat kedai aku ditempatkan bersama anak lelakinya . Aku terpaku . Aku pura-pura tidur sebab aku tanak keluar dari sini . Dunia luar sana sangat kejam . Kawan-kawan aku cakap , mereka selalu menjadi mangsa kekejaman pemilik masing-masing . Apatah lagi pemilik mereka merupakan kaum wanita atau perempuan . Dulu bila musim mengawan , tuan puan mereka memandang mereka 24 jam tanpa henti . Sekejap vibrate , sekejap berbunyi . Hampir tiap-tiap malam aku berbakti kepada pasangan-pasangan memadu asmara . Kalau tak menyanyi tengah-tengah malam melalui aku , mereka akan berborak geli-geli . Nasib baik kami handphone . Kalau tidak , kami mesti dah caci maki .

Tapi bila musim mengawan berakhir , masa itulah mereka semua akan dicampak ke sana ke sini .

Diiringi jeritan ‘JANTAN TAK GUNA !!!’ lalu dush dibaling tidak lagi bererti .

Bila aku nampak muka budak lelaki tu , aku rasa mungkin dia akan menjadi tuan yang penyayang . Lalu aku menonjolkan diri , berkilat-kilat screen . Budak lelaki tu tuding jari ke arah aku . Walaupun aku tidak secanggih mana , dia tetap memilih aku . Mungkin ini takdirNya . Mungkin aku akan bahagia bersamanya .

Petang itu jugak , aku ikut budak lelaki tu balik ke rumah . Dalam kereta , dia mengusap-ngusap badan aku . Aku geli aku tak rela dinodai . Tetapi aku sekarang dikira hamba abdi lalu aku rela mahkotaku dicabuli . Aku tak percaya , tuan aku lap screen aku guna tisu tiap-tiap malam . Aku terasa macam gampang jugak tuan aku tetapi mungkin aku handphone pertamanya . Lalu aku biarkan saja .

Aku berbakti penuh dedikasi . Tuan aku jarang call sesiapa . Dia lebih selesa texting saja . Kadang-kadang kata cinta , kadang-kadang kata dusta , kadang-kadang kata nista ah semua pun ada . Dia cuai . Aku acap kali terlepas dari genggaman lalu menghentam jalanan . Jatuh dari katil , jatuh dari meja itu perkara biasa . 

Tapi hati aku sejuk kembali bila dia mengucapkan maaf dan mengusap aku dengan kasih sayang . Aku sayangkan dia . Tapi ini bukan cinta kerana aku rasa aku jantan perkasa . Walaupun beribu tahun aku cari aku punya kemaluan mustahil akan ku jumpa . 5 tahun kami bersama aku akan tetap berkhidmat sehingga ke akhir nyawa . Aku janji . Janji ditepati . Vote for me .


No comments:

Post a Comment