Thursday, 26 July 2012

Lemme Tell You


Aku letih…

Kau tau ape maksud letih ? Letih tu macam satu perasaan yang mane kau rase menyampah , tension , marah , putus asa , nak muntah dan rindu . Eh ?

Actually aku dah letih hidup , letih dengan ujian2 dunia semua ni , letih dengan kerenah2 manusia sekarang ni padahal aku paling banyak kerenah kan ? ah go die lah kalau kau setuju haha .

Tambah2 pulak sekarang ni bulan puasa kan , makan kurang minum kurang tidur pon kurang . Aku tidur 2 pagi , bangun sahur 5 pagi dan lepas subuh , tidur balek then bangun pergi kerja pukul 7 . Tak ke lack lagi 8 jam tidur aku ? Heh aku dah nampak dah puasa mabruk ni Amin Ya Rabbal Alamin . Tapi puasa mabruk ? Ada ke ?

Aku balek je dari keje tadi pon , mama cakap ..

‘balang , kalau letih sangat benti je lah keje tu ’…

…sebab bila aku sampai rumah , keluar2 kereta je buat muka sugul ceh sugul serta muka nak mati kena kiss dengan Oprah Winfrey . Haruslah buat muka letih macam Tom Cruise sllu buat tu kan kalau balek kerja , sedangkan ayah aku pun pandai buat muke letih , takkan aku tak ? Kemana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi ye tak ? Tapi tadi aku buke kuih pelita je , nasi tak pulak . Ha abestu acaner ?

Lagi satu , kepala aku sekarang ni sakit dia peh aku rase nak headbang je dekat perut ibu mengandung , bia dia rase macam mane saket nye kepala aku ni . Dengan hingus meleleh dekat screen lepas aku haccchuuuum tadi , malas betul aku nak lap . Siapa ada panadol actifast ke paracetamol ke uphamol ke 2 bijik ? Aku nak satu boleh ? Eh ?


p/s – Lepas ni nak lintas jalan kena pegang tangan mak aku lah , bahaye betol kete2 moto2 kemain wempitzz dwiftt laju nak mati sekarang ni kan ? Yelah kan nak pilihanraya , nak kurangkan pengundi lah tu haha Eh ?

Sunday, 22 July 2012

Hon! Hon! Hon!


  • Kenapa traffic light kat Lavender heights lama sangat merahnye padahal seciput je kereta yang keluar masuk ?
  • Kenapa traffic light Jalan Pantai turn kanan nak masuk Taman Panchor Jaya lama sangat merahnye , padahal lampu lain dah hijau sampai dua kali dah ?
  • Kenapa sesetengah drivers bagi signal nak masuk kanan dekat simpang yang memang ada traffic light untuk ke kanan ? Maksud aku , dia duduk lane kanan tu , dia nak ke kiri ke ? Tidak kan ? Obvious kan memang nak ke kanan kan ?
  • Kenapa orang suka cucuk2 kereta aku padahal dia memang tau aku takkan nak melaju tetiba sebab cuak dan hanya buat bodoh pura2 tak nampak ? Nak langgar ? Mesti orang belakang yang akan dipersalahkan kan ?
  • Kenapa orang bagi high beam bila kereta tengah banyak on road ? Dia rasa dia berkuasa ? Tidak kan ? Dia nampak aku balas balik kan ?
  • Dan kenapa orang tua bila drive lajunya hanya 10 KM/H….. T_T nak hon pon tak sanggup KBAI



p/s – memang semua benda aku tak puas hati . Kau diam

Saturday, 21 July 2012

Haruslah Pasal Ramadhan Kan


Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasaaaa , tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaaaa oh stop . Today is the 1st of Ramadhan lah dude . Kau pon taktau sempat ke tak kau nak beraya tahun ni kan ? Hah diam-diam duduk pandang buaian tu cuba hayati ramadhan walaupun kenapa buaian jadi subjek cerita ni aku pun taktau .

HO HO HO tak sangka betul kita semua dah start puasa kan ? Rasa macam baru semalam aku pergi openhouse raya rumah MB tetiba dah puasa balek . Ini mungkin permainan masa , atau magik , atau calendar maya atau dah cukup tu . Sempena menunggu saat berbuka ni dengan sabar dah penuh keimanan , aku teringat dulu-dulu macam mane lah ghoman eh kita semua ni berpuasa kan . Umur berapa kita start puasa penuh , betul ke puasa kita sah and so on . Bila sebut puasa , first thing yang dulu kecik2 kita buat mestilah ponteng . Penipu lah kan kalau takde sekali pon life childhood kita ni tak try nak ponteng puasa kan ? Or memang aku sorang je yang camtu ? Dah abaikan haha -,- .

Dulu kan , paling selalu sekali budak2 mesti minum seteguk dua teguk bila mandi shower and pura-pura air masuk mulut padahal nampak dah air paip lalu kat halkum berbulu tu kan . Tapi tetap jugak takdelah nak minum banyak nak haram sebab dalam hati tu mesti ada sikit perasaan takut dan sinar keinsafan untuk berpuasa kan ececeh . Pernah sekali dulu , sedap2 aku tengah korek telinga guna cotton buds tetiba akak aku jerit .

‘WOI ! MANA BOLEH KOREK TELINGA BATAL LA WOI !’

dan meskipun aku lupe macam mana intonasi dia tapi terkejut panda jugaklah then terus gelabah sebab taktau batal ke tak puasa aku . Aku bukan beruk so takdelah terkejut beruk . Penggunaan panda pulak menunjukkan betapa comelnye cara aku terkejut , panda kan comel hewhewhew . Seeeee betapa care nya aku pasal puasa ni even kecik lagi ehe ehe *headbang ke dinding . Tapi aku rasa minum air je lah yang pernah buat , cikedis-cikedis tak pernah lagi kot atau kuih raya atau cokelat atau sebenarnya pernah dan berharap kau yang baca ni buat-buat buta je lah k hihihi nah singget . Pernah jugak dulu maid aku suruh aku makan tengahari tu , dia cakap boleh puasa setengah hari je atau boleh sambung balek lepastu hahaha defakkk man . Mungkin sebab aku kecik sangat lagi dulu kot , mungkin lah mungkin -,- .

ni lah style hidangan bebudak asrama

Bila masuk sekolah , paling best bila duduk asrama sebab dapat iftar ramai2 , berbuka ramai2 sampaikan bila beli lauk kat kantin sekolah then bawak naik dewan makan asrama , muka masing2 berlagak dah like a boss haha . Dan mestilah student semua diam je kan bila bulan puasa kan . Kalau nak terlolong melalak macam selalu Ning Baizura buat tu memang hati waja lah aku rasa . Orang dok simpan air liur untuk ditelan , dia pergi bazirkan sembur sana sembur sini sembur sembur kat muka aku yucks . Btw yang obvious nye , bila bulan puasa , weols perangai mesti berubah jadi baik sikit kan kan walaupun 1% , dan even takde niat nak jadi baik sekalipon , dengan berpuasa tu dah boleh ubah diri tanpa kita sedar . Tu belum sebut yang tidur dalam kelas macam kelas tu laki oyang tiri dia punye tu , hah memang sejemaah lah kalau cikgu tak masuk sebab ada meeting ke ape . Tapi aku tak pernah doh , aku tutup mata bertafakur je ehehe .

Tapi bila sebut bazaar , secara automatic adrenaline umat2 hensem dan cantik sekalian ni moving dengan lajunye dalam veins diorang . Ape tak nya , kalau boleh gaji sebulan tu dia nak habeskan beli makanan dan juadah berbuka yang superb mengiurkan kat bazaar ramadhan tu . Owner kedai pon pandai , macam2 makhluk dia masak untuk pelanggan yang datang . Itulah orang cakap , heaven nye bila nak berbuka ni bila segala jenis natang sedap ni ada depan kita . Kadang-kadang tu tak sedap pon , rupa je yang menarik plus pulak perut tengah lapar , memang lupa sejarah terus lah pergi serbu gerai tu nak pergi tapau balek umah . Dengan ayam percik , dengan kuih pelita , tapi yang paling bagus bila sekarang ni dah ade Ayam Uncle Bob fuuuuu sodap poghot acik monolan eh . Tau ayam tu , ayam 5 ringgit yang sekeping dia gunting banyak2 then letak serbuk lada sulah lada oren bagai tu kan ? Itu mesti aku beli nanti , kau jangan persoalkan aku membazir bagai . Nak bedal Ayam Uncle Bob takpe , nak bedal anak ayam jangan .

inilah chicken bob fyi

Tapi bila baru je berbuka 5 6 minit , perut masing-masing dah kembung buncit macam perut Jaya Bachan dah . Tu lah membeli tu berpada-pada , bila membazir tak ke kena sekeh kepala sampai kena paksa habeskan ? Haha poor you poor you .

Maka ingat pesan aku , Ramadhan is not about bersahur, berpuasa or berbuka only , it’s about how you apply the true meaning of Ramadhan in your daily life throughout the month . Kalau puasa tapi tak semayang tak guna jugak kan ? Kalau puasa tapi bukak aurat tak gune jugak kan ?(puasa wajib nak buat , tutup aurat wajib taknak buat pulak) Kalau puasa tapi keluar dating pegang tangan tak guna jugak kan ? Buat pahala yang ni , buat dosa yang itu . campur tolak campur tolak last2 zero . Aku tau yang menentukan semua ni Allah , yang nak terima atau tak terima amal ibadah kita ni Allah , aku bukan siapa2 nak judge , aku jugak selalu buat dosa but at least kita semua perlu try nak berubah sekarang , kalau tak bila lagi kan ? Maka akhir kalam , Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin . EH ?

p/s – tadi tengah jalan2 kat terminal , aku nampak Ah Soh Kiaw , Aunty Shantilala . Masing-masing baik nya hati budi dan pekerti . Ya Allah semoga mereka mendapat hidayah , rugi jiwa seperti mereka tidak dapat menghayati kebesaran dan nikmat hidup di bawah kerahmatan Mu .

(watak makcik2 sekalian tiada kena mengena dengan hidup atau yang sudah tiada) kbai

*Selamat menjadikan ramadhan ini sebagai medan perubahan kepada diri, iman dan amal, jadilah hamba kepada ALLAH dan jangan sekali-kali menjadi hamba kepada Ramadhan. -pinjam kat sini-

*adat baru sehari berpuase,tapi dah setat duk pasang lagu RAYA. -pinjam kat sini-

Thursday, 19 July 2012

That Awkward Moment


Aku bosan , nak merepek sikit boleh kan ? Hah bacalah J

- That awkward moment apabila tengah menonton tv dengan ibu bapa dan tetiba keluar adegan 18sx

- That awkward moment apabila cikgu minta seseorang untuk selesaikan masalah add math di hadapan kelas dan semua orang pura-pura fokus tunduk menulis di buku

- That awkward moment apabila buat lawak tetapi member tidak ketawa dan terus sambung cerita yang lain

- That awkward moment apabila update status di facebook tetapi tiada seorang pun yang like atau komen

- That awkward moment apabila komen di status facebook orang lain dan beliau hanya reply ‘K’

- That awkward moment apabila nyanyi sorang-sorang dengan suara suprano tanpa menyedari orang sekeliling sedang mendengar

- That awkward moment apabila eksaited melihat pakaian cantik dan smart kemudian terus blah selepas melihat price tag

- That awkward moment apabila ambil nasi dan lauk dan bila sampai counter cashier , harga mahal nak haram hah sentap terus

- That awkward moment apabila buka wallet atau purse dan duit syiling jatuh berselerak

- That awkward moment apabila buka laman web atau blog dan keluar iklan ‘mengembalikan malam pertama’ atau ‘suami cepat “pancit”’ dekat sebelah tepi page tersebut

- That awkward moment apabila tersadung ketika sedang berjalan dan sedar seseorang sedang memerhati

- That awkward moment apabila sedang bercakap kemudian air liur terpercik , kawan hanya memandang sahaja pura-pura tak nampak

- That awkward moment apabila duduk sorang-sorang di meja makan kedai dan meja sebelah penuh dengan geng-geng lain

- That awkward moment apabila ibu bapa cuba menjadi kelakar dan buat lawak di hadapan kawan-kawan

- That awkward moment apabila masuk ke dalam kelas selepas ke tandas , semua orang memandang macam kita baru lepas buang air besar

- That awkward moment apabila tengok diri kita dekat cermin kereta orang lain kemudian sedar masih ada orang di dalam kereta tu

- That awkward moment apabila tengah termenung dan lama-kelamaan sedar yang kita tengah merenung seseorang

- That awkward moment apabila sedang snap gambar sendiri menggunakan phone sambil buat pipi tembam dan sedar seseorang sedang memerhati

- That awkward moment apabila menyedari sedang berjalan ke arah yang salah dan pura-pura tepuk poket seluar kerana terlupa sesuatu

- That awkward moment apabila terkentut semasa duduk beramai-ramai dan tidak berani bangun kerana nanti dituduh

- That awkward moment apabila sedang online facebook or twitter dan ibu atau bapa datang duduk di sebelah



p/s – handphone merupakan gadget terpenting ketika ‘that awkward moment’ . Kan ?

Wednesday, 18 July 2012

Tuesday, 17 July 2012

Nak Serban Satu !


Manusia …
Apabila Allah hendak anugerahkan taufik dan hidayah
Tidak perlu datang mimpi yang pelik-pelik
Kadang-kadang dengan hanya menghayati laungan azan
Kadang-kadang dengan hanya menghayati nama Nabi junjungan
Allah akan anugerahkan satu perasaan
Yang akan mengorak langkah hambaNya itu
menuju ke jalan Syurga idaman
Bagi anda yang belum dipilih oleh Allah
Tingkatkan usaha untuk mencarinya
Kalau jodoh pon kita cari
Kenapa alasan untuk mencari hidayah dariNya
DICIPTA LAGI?

-Abdul Muhaimin Yob-

p/s - aku copy , aku edit , aku post . pinjam ye yob tenkiu :)

Monday, 16 July 2012

Siput Sedut


Bangun pagi gosok gigi
basuh muka buang daki
cuci badan dengan sabun
badan sihat tak sakit…

Kecelaruan pemikiran bila sampai line buang daki tu sebab aku lupa lirik sebenar dia . Hoh mesti ramai manusia bergelar remaja membesar dengan lagu ni kan ? Mesti ada jugak sorang dua orang baca lirik kat atas tu dan try nyanyikan balek then senyum teringat zaman kecik2 dulu . Heh setakat lagu anak itik tokwi or bulat kecil bulat kecil or hujan rintik-rintik air bergelora tu mesti lah semua pernah dengar kan . Tapi tengah nyanyi tu tolong jangan buat gaya sekali , benci aku nak bayangkan haha .

Actually aku ketandusan idea nak merepek then aku terpandang komik Lawak Kampus tu . So aku nak komen sikit boleh ?

Firstly , serius kelakar bila aku baca komik ni , lagipun kat rumah aku senang dapat sebab adek aku yang kecik suka beli entah berapa jilid/episode/tajuk lantak lahai yang buatkan aku terhibur bila aku rasa bosan . Aku pun ada beli Kompilasi Lawak Kampus warna merah yang tebal nak haram tu . Tak rugi sebab aku guna voucher 1 Malaysia . Serius tak rugi hekhek bagi lah lagi bagi lah lagi ~(‘o’~)(~’o’)~. Watak-watak dalam komik tu pun menyakitkan hati jugak, kadang-kadang aku rasa nak tenyeh je sekor2 kalau betul2 lah aku jumpe diorang . Perangai masing-masing tak penah nak senonoh dari budak kecik sampai lah orang tua . Tapi jangan sangka komik2 macam ni takde pengajaran . Kalau betul2 kau baca , boleh faham apa yang dia nak sampaikan .

budak pelik tu lah yang paling aku minat hahaha

Untuk sesape yang baca komik2 tu , kita boleh nampak value persahabatan Vanness dengan Aditas kan ? Dua-dua suke gaduh tapi bila merayau , bila buat bende merepek dua2 tu jadi rapat pulak haha . Froggy pulak perangai dia baik gila lain pulak dengan Si Kosong yang aku konfius sebab dia ni kadang-kadang baik tapi kejap lagi join jugak yang lain buat nakal . Bepop pulak budak yang sabar kalau kau perasan sebab bila orang kutuk muka dia penuh jerawat , dia rilek je . Adik perempuan dia yang pegi sepak orang yang ejek tu haha . Anthony lagi bagus , muka Xena tu punyelah melabuu (kawan myanmar aku ajar)*means tak cantik tapi dia kejar bagai nak rak . Ini lagi sorang takleh beza spesies manusia dengan haiwan haha . Ngeri aku tengok Xena tu , sama jugak dengan Cikgu Noodle yang poyo tahap mintak kena suler 20 kali hesy . Tapi kadang-kadang dia tunjuk jugak dia punya care kat student dia . See ?





Kalau ada orang nak cakap , “Elok kamu baca buku yang lebih bermanfaat dari komik2 ni , lagi banyak  ilmu kamu boleh dapat”….blablabla eloklah kau diam kalau tanak kena cucuk dengan garpu yang aku tengah pegang ni sebab tak semestinya buku or komik2 macam ni tak bermanfaat , cuma cara dia sampaikan ilmu or manfaat tu dalam cara yang lebih menarik . Don’t judge a book by its cover , remember ? Dah lah guna 'kamu' , tak moden langsung HAHA . At least bagi aku , buku tu baca jugak komik pon baca jugak . Lagi elok ah aku rasa dari baca novel jiwang , then nangis sebab ending sedih dehel . konflik jiwa betol duhhh . Itu cerita . c.e.r.i.t.a . “Kau ni kena kelentong dengan cerita ni”  *ayat mak aku bila aku tengok hindustan lama2 ^_^ . Dan bila aku dah sebut Hindustan , mestilah aku nak pergi google image preity zinta sekarang kbai!

GO GO LAWAK KAMPUS !

Sunday, 15 July 2012

This Is For Me . Sila Abaikan


I had enough . I would kindly raise my middle finger for those who think they can do shits to me , or for those who think they can keep shitting on my face , or for those who think they can do shits to anyone else , or for those who think they can freely act like a dumbass , or especially for those who think they’re not that annoying which I actually believe , they don’t even deserve to live their life or pampering their ass . yes I’m rude , I talk rubbish , I can’t keep my mouth shut . you can hate me for my words of course , but I don’t give a damn about that .  Proudly , I would like to raise my middle finger which is just a fuck for you .

p/s – thousand thanks to someone who inspired me much for those words -,-

Saturday, 14 July 2012

La Tahzan , Aku Sentiasa Bersama Kalian


Assalamualaikum dan hello kepada semua yang mungkin seorang tapi aku tetap nak perasan ramai yang baca so hai semua :D haha kesian . Mesti everibadi sihat kan , begitu juga aku dan aku terasa tak guna bila bace balek line tu . Sekarang ni heboh dekat Facebook and Twitter pasal result UPU untuk mereka2 lepasan matrikulasi dan asasi dan mungkin juga diploma untuk yang bukan sama 1993 macam aku . Rata-rata ada yang mengucapkan Alhamdulillah dan syukur tidak terhingga atas keputusan dan course yang mereka dapat dan ada jugak yang meratapi nasib malang mereka lalu keluar bermain buaian sambil nyanyi lagu pohon beringin kan ? Okay takde sebenarnye . Aku turut tumpang gembira dan juga keluar bergembira setelah diorang semua inform kat aku  . 

So congrats banyak-banyak untuk yang dapat UITM , UTHM , UUM , USM , UMK , UPM , UMP , dan lain-lain lah . Sudah tiba masa perut aku kenyang dengan duet korang . Bila sebut USIM , haruslah semua diam je buat-buat pekak and buat muka taktau kan hahaha kesian lagi . Tapi seriously , ada kawan aku yang pointer tinggi tapi dapat course alien dan merepek yang aku pun tak penah dengar before ni . Course tu yang alien atau najib yang alien , aku pon konfius senanye . Tapi sape kita nak judge course tu kan? Entah2 graduate nanti terus dapat offer jadi PM ke hah melongo kau pandang dia baru tahu langit tu biru ke hitam .

 Aku bukan lah pegawai UPU tu tukang bagi budak ni dapat ni , budak tu dapat tu or macam mane lah proses dia kan lantak dia lah . Tapi I was totally disappointed dan rasa system pelajaran or pendidikan kat Negara kita ni bukan 100% betul dan meyakinkan *sambil dangdut lagu 100 percent cintakuuuuu ~ . Punya lah letih diorang study macam-macam . Bio , Phy ,Chem , Math , dan lain-lain yang berdozen tu . Ingat senang ke ? Paling senang pon Addmath la kot . Addmath macam gampang gampang gampang kan , bak kata orang indon gampang banget Addmath nya *sila translate indonesia before baca . 

Kita takboleh nak salahkan pihak UPU jugak , or memang patut salahkan pon tapi aku baru terfikir , kalau semua nak pointer 4 flat kat dunia ni , siapa nanti nak jadi tukang tebar roti canai , tukang sapu sampah , tukang cleaner toilet dan tukang kasut ye tak . Itulah ketentuan Tuhan , dengan cantik dan perfect Dia organize dunia sementara ni supaya kita hidup saling melengkapi . Kalau semua orang nak jadi doctor , takde lah makanan , bangunan , jalan raya , machines and stuffs kan ? takdelah domino's kan *air liuh meleleh tengah kebulur . Walaupun nanti aku pun terasa nak mencarut kalau dapat course medic kat usim tu nanti , tetap lah kena bersyukur even aku tau diorang memang saje nak sindir aku dapat medic hahaha mimpi indah lah .




 Anyway , tahniah kepada mereka yang dapat course yang mereka nak dan tahniah jugak untuk yang tidak . Jangan risau , rezeki Allah ada kat mana2 . Cariklah ilmu banyak-banyak sebab setiap yang kita belajar tu banyak manfaat nya nanti . Semoga berjumpa lagi J

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
ولا تكن الخامسة فتهلك
( رواه الطبرنى)                                     
Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa

Thursday, 12 July 2012

Opocot mak kau meletop !


Dari zaman kanak-kanak , kita disajikan dengan filem-filem genre seram yang melayu nye , yang omputih nye , yang Thailand nye dan berbilang bahasa , bangsa dan Negara serta merdekaaa !! Gelabah apakah ? So aku nak share sikit about filem-filem seram yang mungkin banyak mudarat berbanding manfaat . Aku bukan nak kritik , aku cuma nak cakap sebagai penonton prihatin eceh2 haha . Kalau anda takut , lebih baik jangan tengok gambar2 tertera :)

-MELAYU-  Terkencing terberak gara-gara keris lama 

Hantu dia mak wok and kalau sesape kenal dengan mak jah , haaa dia ni lah hantu dia . Punyelah seram nye cerita ni kalau kau semua tak percaya , pergilah tengok then kita boleh tau sape berani or sape yang pergi dapur nak minum tapi suruh adik teman -,- . Pernah tengok seorang makcik tua jalan hencut pakai kain batik bawak kepala orang dalam plastic sayur ? 

peh aku memang takleh pandang lame2 lah -,-


-HINDUSTAN-  Raaz

Yang ni pelakon dia aku lupa , part seram dia bila dengar suara perempuan jerit bunyik dia lama gila sebab dalam cerita tu perempuan tu jerit panjang-panjang dan tembak kepala sendiri dan jadi hantu aaa tetapi kawan-kawan cerita dia kurang senonoh sedikit so sesape yang bercadang nak tengok tu haaa nampak benor gatalnya okay ambik nafas dulu .

-THAILAND-  4bia 

Yang ni cerita dia ada 4 parts . Tak seram sangat tapi kalau nak harapkan part yang keempat tu boleh jugak . Aku pun taktau macam mane mayat berbalut kapan yang terikat kat kerusi flight untuk dibawa pulang ke Negara asal , buckle or tali pinggang keselamatan yang diorang pakaikan boleh terbukak sendiri dan mayat hilang haha . Taubat dah taknak tengok dah .

YANG NI !


*
Namun begitu , aku taktau cerita English ape yang seram memandangkan yang aku pernah tengok before ni tak seram langsung pon . Anyway ada bagus jugak filem-filem ni ditayangkan so boleh lah test keberanian diri dan lebih penting mendekatkan diri kita dan hanya takut kepada yang Esa . Tapi yang buruk nya macam lagi banyak je kan ? takut , percaya , terbayang dan seumat dengannya , lebih berbahaya ye dok ? Maka aku sarankan lebih-lebihkan lah menonton filem-filem ketuhanan , hafalan shalat delisa ke , tanah kubur ke or at least syurga cinta pon takpe jugak kan ! kbai  -,-


p/s - but some people commented that, ghost stories or in fact movies broadly are not supposed to make sense or have logic or be 'real' because films aren't supposed to be. Is it ? 

Tuesday, 10 July 2012

No Title .


Hi there . Actually I’m not that pathetic to keep updating for almost everyday . yes i'm pathetic . For some reasons , I do write if I get bored or if I was in troubles or pain , in me . Yet troubles didn’t came to me . I created em myself . Even if a twitpeep replied on my tweets , all of a sudden I would turn moody and trust me , I tried my best not to response in such filthy ways . 

I just don’t get it ,I have never tried to isolate myself . It’s just a minute thing in me that was not visible to the naked eye . I was all alone , and for a quite time , indeed , I had fancied that things were changed . People , surroundings , and social networks of course , I thought that me myself was being misplaced somewhere by someone . I felt that I have taken things easily enough, notwithstanding the sorrow and suffering that surrounded me on every side. Despite that , they’re still here even if I’m being ignorant . 

Yeah , I lived a dull and freak-so-called miserable life all by myself and I knew that . But in public , I can pretend that my life is a perpetual enjoyment , at least for me is it ? for god sake Alex , enough . entah apa aku merepek ni aku pun taktau . But seriously , I AM PATHETIC . I messed up my life . kbai -,-


p/s - There were wounded love, and wounded pride, and despair, and coming madness, all in that piteous cry.


* PMS ? noooooooooooo
* teringat Badar SHAMS – the only solution , back to the Quran J

Monday, 9 July 2012

M.E.S.T.I


Kalau aku tak buat keputusan untuk pergi ke sana dulu...

mesti aku kurang tahu makna islam , makna iman , makna agama . Mesti aku leka dengan nikmat dunia , bahagia dengan kesesatan nyata . Mesti aku tidak tertanya-tanya , mengapa aku perlu percaya kepada agama dan pemilikNya . Mesti aku tidak tahu betapa banyak ilmu sudah kutinggalkan selama di dunia . Mesti aku tidak rasa erti hidup menjadi hambaNya . Mesti aku terlupa janji-janjiNya . Mesti aku tidak percaya hikmah-hikmahNya . Mesti aku tidak kenal mereka semua . Mesti aku tidak dapat rasa nikmat persahabatan ke syurga . dan mesti aku tidak tahu , kasih sayang itu DIA yang punya …


M - mungkin nanti
E - engkau akan mengerti
S - sayang itu lumrah
T -  tanpa kau sedari
I -  ia dalam hati


p/s - as long as there's someone in the sky to protect me , there's no one on earth who could break me

Sunday, 8 July 2012

EXCITED !


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday happy birthday
happy birthday to you

peh lagu cilake membosankan dan takde kena mengena langsung dengan post yang ini .

hari ini hari sabtu
hari ini hari minggu
hari ini aku nak cerita satu
kisah kakak ku tunang dah tu

hah yang ni peh bes gila aku reka peh peh *diam laaaa seton !

So semalam , 6th of July 7, 2012 , kakak aku di isytiharkan sudah bertunang dan menunggu untuk di puan kan sahaja . Walaupun kejadahnya aku nak cerita pasal tunang-taning ni tetibe , aku tak kire aku tengah bosan so meh dengar aku cerita . 

Semalam lepas isyak , pihak boboi datang dan bawak dulang2 hantaran untuk merisik dan meminang gegel terus . Cis zaman jijik mane gune boboi gegel ni . Aku senanye takpaham acane tapi camtu lah lebih kurang . Wakil dari gegel ialah Tok Tam aku , wakil dari boboi ialah ayah beliau sendiri . Memang kalau event2 kahwin-mahwin keturunan aku or pape yang melibatkan jantina berlainan ni , diserahkan kepada Tok Ibu aku or Tok2 segala tok yang lain . 

Tapi aku tak faham , is that a must for this kind of engagement ceremony or whatsoever it called , kena ada tepak sirih ? Maybe orang Negeri Sembilan je kot yang still tepak2 ni . Buat leceh je kan hahaha . Lepas mereka2 berpantun berborak dan bergelak ketawa pasal ape entah , then sesi bacaan doa dan bride-to-be-in-few-months-later pon muncul untuk disarungkan cincin ke jari manisnya ceh manis la sangat meh try jilat tengok pahit ke haram ape rasenye haha . So my younger bro , okie pon mule lah cekettt sane cekettt sini *ceket stands for bunyik kamera tengah ambil gambar -,- … dan sesi camwhore pon bermula . 

Tapi terasa sedikit sedih sebab cousin laki aku ade 2 orang je belah ayah aku , termasuk abang aku and adek aku due orang jadilah enam . Duduk la menikus tengok cousin2 tino iye2 pose for the snaps hahaha . Terbuktilah bukan sang lelaki semakin pupus tapi nilai harga seorang lelaki semakin mahal dan tinggi eh haram ape aku merepek ni dahdah . So these are few of em yang aku boleh letak . Yang bahaya disimpan rapi -,-

inilah anak2 hasil cinta suci parents kitorang err perlu ke ayat begitu dramatis -,-

ini hantaran kan ? namanye hantaran kan ? okay aku dah tau



Tengah aku scroll2 gambar berbillion tu , ternampak gambar ni . Amboi wan atok aku ni nak romantik je diam2 naik atas pelamin ye . Nakal ye nakal haha anyway selamat mengenang malam pertama !


p/s - Nampak cuwit cangat bilew citew pasyal tunang2 bagai ni nanti titew pon tunang cenggini juwgax lah defakkk KBAI . 

Saturday, 7 July 2012

Antara Dua Darjat


Burung bernyanyian , angin berterbangan , pohon-pahan melambai , sinar mentari ber-blinkblink dan kucing memiauan emmm . Aku bukan fail bahasa melayu SPM , just subjek berkenaan kucing tidak di ajar di sekolah *bagi alasan bodoh dan geram sebab malu sambil pijak siput babi sampai penyek . Puas . So apabila otak sedang segar , selalu aku teringat cerita kasim selamat yang *kasimmm… cucuklah mata mak kasimmm … sambil berfikir ceritu itukah yang bertajuk antara dua darjat . Namun , bukan bende karut marut ni yang aku nak cerita .

Maybe orang negeri Sembilan dah selalu dengar pasal Daud Soya dan Cendol Leman Dawi kan ? Dua makanan or minuman ni aku belum pernah rase lagi tapi dengar2 orang cakap best . Sejak dilahirkan , aku suka minum susu2 berkhasiat ni sehingga dapat menjana otak yang cerdas dan bebas maksiat . Air soya ialah minuman yang selalu aku minum sama ada aku beli di pasar malam , bazar ramadhan atau di Giant Senawang haha . Tapi aku takfaham kenapa ada sesetengah makhluk tak suka minum air soya dan tak ingin minum air soya . Protein tinggi , zat besi tinggi , kolesterol tiada , karbohidrat 24.5 kcal dan lemak 0.021% . Walaupun mungkin tiada insan yang akan percaya dengan fakta2 aku ni , air soya bean tetap bagus untuk kesihatan . Mesti hebat Pakcik Daud ni sampaikan air soya yang cikai2 tu pon boleh jadi femes sampai camtu .

google image daud soya tapi tetibe keluar gambar pakcik cute ini apakah ?

Berkenaan dengan cendol pulak , actually aku tak suka sebab ada ulat2 hijau tu banyak gile dia letak dalam kuah santan tu . Letak gula anau kot then letak ais pusing2 sampai hancur kat mesin pusing tu , terjadilah cendol lazat super ring riang . Tapi kalau banyak sangat makan santan pon tak elok kan ? Aku pernah nampak sorang pakcik ni baru keluar dari kedai cendol then terus semput2 tersedu-sedu then jatuh terus innalillah . Aku lagi prefer air batu campur dan bukan Allah bagi cuti sebab ABC ade susu cair manis then ada jagung ada kacang ada sos merah dan sebagainya untuk di sumbatkan selagi termampu . Lantaklah yang ni kalau ada orang nak cakap tak elok jugak ke ape haha dah aku suka , suka aku ah choi ! Pakcik Lemon Darwis pon entah cemane boleh jadi femes sampai camtu , member aku cakap takdela sedap mane cendol dia , nak buat tu eleh gune celah kuku pon boleh lah *mintak kaki .

peh maju sungguh cendol pakcik leman


 Sedang2 menikmati cekodok pisang buatan sendiri yang terhasil dari campuran pisang lenyek , tepung , gula dan sedikit peluh priya perkasa , aku rasa my cekodok is the best . Nanti aku nak bukak gerai Cekodok Alex Ferguson lah pulak . Kasi tutup bisnes pakcik berdua tu biar diorang lingkup haha okay tak elok . Akhir kalam , nampak tak penipuan dan kegebangan aku disitu ? KBAI



p/s – petang2 permai ni elok lah aku google2 image selena gomez sikit

Thursday, 5 July 2012

Malu bertanya , lebih baik diam aje


Hai assalamualaikum . Aku bukan kanak-kanak ribena tetapi seorang yang makin matang dan berfikir sebelum bertindak . K terasa gampang disitu . Officially skang aku student usim memandangkan aku da dpt dgree sane J .  Aku rasa bersyukur sangat sebab dapat stdy sini as ya know , this place is most suitable for someone to change . Bukan maksud aku kat tempat2 lain takboleh , just the surrounding kat sane boleh influence diri kita . Takdelah sampai berubah jalan tunduk kebawah elak terpijak semut or elak sampai terjatuh dalam longkang sebab perempuan nak bertembung kan .

 With friends and stuffs , untung aku dapat kawan2 yang sangat baik kat sini . tts V , kts 2 , those people who came into my life tu dah banyak buat aku berubah . Tapi skang we’re having our break for almost 5 months . Aku tak jumpe sorang pon dari diorang sejak aku balek seremban lepas habes dinner haritu . Aku rindu makhluk-makhluk berkenaan  dan termalu seketika ~___~ aku rindu kawan2 aku yang kerana diorang , I gained memories , I gained knowledge and I gained love so-called friendship .

 Apa cerita lah diorang skang kan . Dulu2 even perangai masing2 kenkadang celaka sedikit termasoklah aku , haha aku tetap rindukan kecelakaan diorang tu okay that’s not nice . Now we’re planning to go somewhere tapi aku sedikit kecewe bila ade antara diorang yang takdapat join , and terpaksalah cancel kan *duduk kat sudut bilik merajuk potong kuku kaki . That’s not fair kan kalau ada yang takdapat pergi , and bukan tanak pergi  -,-

Bila aku kerja sekarang ni , I keep telling myself that they’re doing well too . I barely heard few of them , ada yang menghilang terus , ada yang macam biskut , and ada yang hari2 aku tengok hidup je online . Nowadays , if my life turns miserable at unwanted moments , aku just ingat balek memories that we made , perangai diorang dalam kuliah , kknc , the days when we were practicing for the battle of the band and for the dinner of course . Teringat first and maybe the last time kitorg enjoyed ourselves main galah panjang kat pantai bagan lalang . Oh I wish I could turn back the time . Sure2 those memories could put back the smile on my face , and even bila aku teringat balek perangai and lawak diorang boleh buat aku gelak sorang2 macam orang gila duduk tepi jalan tengah gigit divider tu .

Ah rugi ah tahun ni aku takdapat puasa same2 gn diorang , raya same2 gn diorang  and jalan2 carik duet raye ramai2 jalan kaki jerit assalamualaikum kum kum kami datang nak raya ! I’ll be meeting them soon insyaAllah kalau aku still bernyawa , andai Allah masih izinkan kitorang untuk berkawan , bersahabat dan berteman sampai bila2 maybe sampai syurga J . Maka kerana aku tetibe dengar kucing buat bunyik miaaaaaaau panjang dan diam dan miau kembali , maka maybe beliau ternampak pocong or something dan haruslah aku tidur dulu . sherammm nih -___- …assalamualaikum

hoi semua jom main air lagi !



p/s - sahabat yang sejati adalah yang berpegang teguh pada janji kesetiaannya –hamka-

Wednesday, 4 July 2012

First

i had this since last year tapi aku simpan untuk aku sorang . 

Setelah buang apa yang tak patut , so ini rupa blog buruk aku yang baru dan I'll be updating .

 Moga ada yang rajin melawat ye :)

Dan mintak tolong suggest kan  aku web untuk templates blog kerana aku noob dan loser bab2 ni .


p/s - walaupun berbunyik gayat dan sakai , mintak tolong buang masa seket main dengan ikan-ikan aku kat atas tu . hah klik je situ klik je bagi dy makan okay thanks bai