Monday, 16 July 2012

Siput Sedut


Bangun pagi gosok gigi
basuh muka buang daki
cuci badan dengan sabun
badan sihat tak sakit…

Kecelaruan pemikiran bila sampai line buang daki tu sebab aku lupa lirik sebenar dia . Hoh mesti ramai manusia bergelar remaja membesar dengan lagu ni kan ? Mesti ada jugak sorang dua orang baca lirik kat atas tu dan try nyanyikan balek then senyum teringat zaman kecik2 dulu . Heh setakat lagu anak itik tokwi or bulat kecil bulat kecil or hujan rintik-rintik air bergelora tu mesti lah semua pernah dengar kan . Tapi tengah nyanyi tu tolong jangan buat gaya sekali , benci aku nak bayangkan haha .

Actually aku ketandusan idea nak merepek then aku terpandang komik Lawak Kampus tu . So aku nak komen sikit boleh ?

Firstly , serius kelakar bila aku baca komik ni , lagipun kat rumah aku senang dapat sebab adek aku yang kecik suka beli entah berapa jilid/episode/tajuk lantak lahai yang buatkan aku terhibur bila aku rasa bosan . Aku pun ada beli Kompilasi Lawak Kampus warna merah yang tebal nak haram tu . Tak rugi sebab aku guna voucher 1 Malaysia . Serius tak rugi hekhek bagi lah lagi bagi lah lagi ~(‘o’~)(~’o’)~. Watak-watak dalam komik tu pun menyakitkan hati jugak, kadang-kadang aku rasa nak tenyeh je sekor2 kalau betul2 lah aku jumpe diorang . Perangai masing-masing tak penah nak senonoh dari budak kecik sampai lah orang tua . Tapi jangan sangka komik2 macam ni takde pengajaran . Kalau betul2 kau baca , boleh faham apa yang dia nak sampaikan .

budak pelik tu lah yang paling aku minat hahaha

Untuk sesape yang baca komik2 tu , kita boleh nampak value persahabatan Vanness dengan Aditas kan ? Dua-dua suke gaduh tapi bila merayau , bila buat bende merepek dua2 tu jadi rapat pulak haha . Froggy pulak perangai dia baik gila lain pulak dengan Si Kosong yang aku konfius sebab dia ni kadang-kadang baik tapi kejap lagi join jugak yang lain buat nakal . Bepop pulak budak yang sabar kalau kau perasan sebab bila orang kutuk muka dia penuh jerawat , dia rilek je . Adik perempuan dia yang pegi sepak orang yang ejek tu haha . Anthony lagi bagus , muka Xena tu punyelah melabuu (kawan myanmar aku ajar)*means tak cantik tapi dia kejar bagai nak rak . Ini lagi sorang takleh beza spesies manusia dengan haiwan haha . Ngeri aku tengok Xena tu , sama jugak dengan Cikgu Noodle yang poyo tahap mintak kena suler 20 kali hesy . Tapi kadang-kadang dia tunjuk jugak dia punya care kat student dia . See ?





Kalau ada orang nak cakap , “Elok kamu baca buku yang lebih bermanfaat dari komik2 ni , lagi banyak  ilmu kamu boleh dapat”….blablabla eloklah kau diam kalau tanak kena cucuk dengan garpu yang aku tengah pegang ni sebab tak semestinya buku or komik2 macam ni tak bermanfaat , cuma cara dia sampaikan ilmu or manfaat tu dalam cara yang lebih menarik . Don’t judge a book by its cover , remember ? Dah lah guna 'kamu' , tak moden langsung HAHA . At least bagi aku , buku tu baca jugak komik pon baca jugak . Lagi elok ah aku rasa dari baca novel jiwang , then nangis sebab ending sedih dehel . konflik jiwa betol duhhh . Itu cerita . c.e.r.i.t.a . “Kau ni kena kelentong dengan cerita ni”  *ayat mak aku bila aku tengok hindustan lama2 ^_^ . Dan bila aku dah sebut Hindustan , mestilah aku nak pergi google image preity zinta sekarang kbai!

GO GO LAWAK KAMPUS !

1 comment:

  1. kau nak tahu satu rahsia tak??? rumah aku kat kknc tuuuu ada 3 buah bijik lawak kampus kulit tebal kaler merah tak berape nak menyala tu,haha.ok bai sebab sekarang dah tak jadi rahsia dah!hekhekhekhek

    ReplyDelete