Friday, 31 August 2012

Selamat Tinggal Juliet


‘Semuanya salah bapak ! Kalau bapak tak manjakan Sazali , Sazali takkan jadi macam ni ! Sebab bapak lah mak mati ! ’ ‘HAFIZZZZZZZ’ *pang sekali

Bila gabungkan dialog kedua-dua watak Sazali dan Hafiz , aku rasa aku dah nampak bakat aku sebagai seorang ahli giat seni , pencipta filem bermutu tinggi . Tapi bila aku terbayang Herman Tino , aku rasa nak makan maggi . Salah kah aku ?

Sambil menghayati dan mencuba dialog ibu mertua kassim selamat ‘kassim maafkan mak kassimmm kassimmm’ di depan cermin bilik aku , imbasan memori time aku kat tamhidi dulu tetiba keluar dalam bentuk awan dekat sebelah kanan kepala aku . Sungguh drama . Tak sangka pulak esok aku dah kena daftar masuk degree . Ya kawan-kawan . Saya bakal seorang mahasiswa . Kalau hati tu terasa dengki atau banyak titik noda hitam , eloklah pergi nyanyi lagu siti ‘percayalah’ . Sudah . Aku dah lame lupakan permusuhan aku dengan Datuk K . Gara-gara berebut siti .

Budak lain yang tinggal jauh ramai dah sampai n9 . Ada yang singgah KL . Ada yang bermaharajalela dekat rumah lagi . Mentang-mentang rumah dekat , sesuke hati nak datang daftar pagi esok je . Cubelah datang awal sikit . Tak mahasiswa langsung kalau datang lambat . Aku lain lah . Aku kena carik boxer lagi , cotton buds lagi , cebok lagi . Oh memang sibuk hidup aku sejak lepas maghrib tadi . Lagaknye macam orang bisnes . Alah bisnes ngan awesomeness kan lebih kurang . Aku yang second lah tu . Ade jugak lah dalam 30 minit aku geledah almari bilik aku . Cekau tu tibai ni carik tu tonyoh ni . Last2 siap semua barang aku dah pack . Alhamdulillah beg-beg aku dah selamat bermalam dalam kereta aku . Punye lah berkarisma kata orang . Tapi aku tunduk zuhud je , kalau riak nanti tak dapat syurga . Macam kecik-kecik dulu kawan selalu cakap ‘ha ha masuk nerakaaa ha ha masuk nerakaaa’ dengan nada dan intonasi mintak kaki .

Dengan izin Allah , terbuka mata aku pagi esok maka bermulalah zaman mahasiswa seorang remaja . Mandi , bersiap , brekfes dan vroommmm memecut ke Nilai Bandar Tercinta . Kalau lambat kang ramai pulak orang , susah nanti nak berebut tolak-tolak time nak ambik air mineral botol percuma . Mungkin jugak nanti tiada lagi update sekerap ini . Mentang-mentang dah degree , semangat menaip pun wajib lah berkurang . Aku tau memang macam takde kena mengena . Tapi cube lah sekali buat-buat buta huruf , bukan ke amar maaruf ? Ye dok ?

Ucapan selamat tinggal kepada ibu ayah family , kepada bilik bujang aku , kepada katil seksi aku , kepada tandas bilik aku , kepada tingkap yang mengalirkan oksigen untuk aku , dan kepada semua umat islam seluruh dunia . Eh ? Akhir sekali kepada Allah yang Maha Esa , di atas segala nikmat dan pemberian yang dikurniakan kepada hamba hina ini . Alhamdulillah .

-Tamat-

Pom Pom Pom bunyi bunga api !


‘Mana boleh semua nak update pasal merdeka je ? Aku pun ada hak ! ‘

kata seseorang yang menggelabah .

Bila sebut merdeka , paling common kat Malaysia ni mesti ada mercun ke bunga api ke bom ke bila pukul 12 tepat malam 31 Ogos tu kan ? Sampaikan orang tengah semangat melaung Merdeka! Merdeka! Merdeka! sampai tujuh kali tu terkejut dan jatuh mampus kerana sakit jantung . Teruk betul kesan nya .

Memang semua rakyat patut bersyukur sebab Malaysia dah merdeka dah bebas dari dijajah . Walaupun minda dan akal masih dijajah , at least ade jugak bende yang tak dijajah . Ah abaikan aku pening -,- . Aku tak hebat sejarah . Setakat A SPM tu bukan lah hebat namanye . Bijak sungguh je .

Maka aku taktau ah sangat cerita2 sejarah macam mane merdeka bagai ni . Bukannye aku dapat duit pun kalau aku iye2 nak tau kan ? Walaupun nanti ade orang kata...

 ‘eh tak patut , semua orang kena tau sikit dan kena ada semangat patriotisme !’ 

One word : Bullshit . Semangat patriotisme kau tu datang bila hari merdeka tu je sehari . Cara kau sambut pun takde lah patriotisme mane sangat . Kalau setakat update status dan update tweet jerit Merdeka! Merdeka! Merdeka!  Lepastu sambung cerita oppa gangnam style pon takde gune jugak . Eh aku tak layan oppa cirit bagai . Aku layan hindustan ehe ehe .

Satu lagi pendapat makhluk2 zaman sekarang , bila malam merdeka je nanti ramai lah yang akan buat maksiat . Akan kedengaran lah suara wanita menjerit sakit tercucuk sembilu dan kereta yang bergegar-gegar kerana gempa bumi 2 skala richter sedang melanda . Ramailah yang akan mensedekahkan generasi baru kepada umat . Dan ramailah anak luar nikah yang akan lahir lagi 9 bulan . Itu semua kata-kata spastik .

Memang betul mungkin ada , tapi jangan sampai ‘hah nanti anak luar nikah lahir lagi 9 bulan’ . Bunyik tanak kalah macam lah remaja Malaysia ni keje mereka nak buat anak je . Lagi pulak nak burukkan nama Hari Kemerdekaan itu sendiri dengan tohmahan2 begini . Wahai manusia , malam2 sebelum merdeka tu takde pulak nak update status nak tweet pasal anak luar nikah akan lahir ke maksiat berleluasa ke ape . Dan-dan orang nak merdeka , kau komen sane sini . Ape cerita ?

Reader kalau ada : asal penulis punye cara macam bagus ? perfect sangat ke ?
Penulis : I’m sorry I can’t be perfect ….. MERDEKA !

Wednesday, 29 August 2012

Semalam punya semalam


Semalam punye semalam , aku bangun awal . Pukul 7 pagi aku dah bangun . Kenapa bangun awal ? Kerana memang selalu aku bangun awal . Menipu bukan keje aku . Maka aku nak mintak maaf . So semalam punye semalam , aku kene hantar okie balik ASWARA . Untuk sesiapa yang tak pernah dengar , itu adalah Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan . Sebenarnya aku tak sure . Maka kau google lah untuk kepastian . Tapi jangan guna internet explorer . Sebab nanti nampak macam ketinggalan zaman .

Semalam punya semalam , aku siap-siap mandi dan terus start enjin kereta . Bila kau rewind balik 10 minit kebelakang , aku tengah brekfes pagi . Tapi aku makan nasi lauk ayam masak kicap masakan mama . Pakej sekali dengan lunch ke apa aku pun taktau . Pukul 8 setengah pagi , kami pun berangkat . Tapi mestilah aku yang drive . Takkan okie pulak , tak matang langsung kalau tak drive .

Semalam punye semalam , aku tekan pedal minyak sedikit demi sedikit . 60…70…100…125…140.. dan-dan nak cecah 150 tetiba avanza depan aku brek . Celaka betul dasar takde P . Nasib baik aku sempat brek . Kalau tak sekarang budak fesbuk budak twitter semua dah buat kenduri tahlil dah . Lepas usap-usap sticker P kereta aku , aku meneruskan perjalanan . Tapi dengan kelajuan yang memberangsangkan . Sebab apa ? Sebab tadi ada orang tua naik basikal ketuk tingkap aku . ‘biar lambat asalkan selamat’ . eh ? Atuk Astro ?

Semalam punya semalam , ade dalam berapa kilometer lagi nak sampai tol sungai besi . Bila aku nampak kereta beratur macam pelanggan kat bazaar ramadhan paroi nak beli popia kuala kangsar , hati ini memujuk sayu . Buka tingkap , tutup aircond . Yelah disamping penjimatan , dapat menghirup udara segar ye tak . Asap ekzos sekali-sekala apa salahnye . Lagipun paru-paru aku bersih . Takde carbon monoxide , kata orang . Berapa punye lama aku duduk dalam jam kat situ . Tapi Allah menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar . Lalu aku pun keluarkan tasbih dalam laci dashboard dan kepala aku mula terangguk-angguk .

Semalam punye semalam , kitorang sampai kampus  pukul 1 tepat . Lepas zupp zupp zupp semua barang okie , aku uturn dekat padang kampus dan terus memecut ikut Volkswagen Beetle depan aku . Malangnya sampai dekat traffic light depan tu , beetle tu lepas lampu merah dan aku tidak . Bastet betol aku rasa . Dalam kepala aku fikir destinasi seterusnye . Kalau nak keluar dari KL waktu2 macam ni memang mimpi . Manusia-manusia semua tengah lunch . Last2 pergi Time Square merayau . Parking dekat bukit bintang , bayar 7 ringgit parking 2 jam dekat manusia cekik darah tak gune tu dan terus jalan kaki masuk sane . Tapi macam sadis pulak jalan sorang2 maka aku text lah Shaggy ajak  lepak .

Aku : Aku dekat ts . jom datang sini .

Shaggy : Jom . haha . aku da abes kelas da ni .

Dasar budak takde moral , asal takde kelas lepak jelah kejenye . Dan setengah jam kemudian tiba lah shaggy menaiki monorail . Pusing-pusing , layan Premium Rush dan terus pergi UIA PJ hantar Shaggy balik . Singgah sana ingatkan nak lepak kejap dengan Pak tapi dia haram ade kelas pulak . Hati yang membara aku bawa balik ke seremban . Ah abaikan . Aku bosan . Tahap ghaban . Bai

Monday, 27 August 2012

Sekolah punya kisah


Enjin sebuah perodua viva kedengaran . Pedal minyak kereta itu di tekan-tekan . Dia ingat dia Evo , kerana itu dia berlagak sedemikian . Berlalunya kereta tu keluar , terus teringat yang bang sham ajak pergi openhouse raya nanti . Dia ni leader aku kat kilang dulu merangkap bos aku la jugak . Isteri dia taknak kalah cun . Sebut cun , teringat lagi sekali masa zaman dekat shams dulu .

Zaman kehebatan , zaman senior , zaman buat perangai sentiasa . Aku ada dua orang kawan baik dulu . Sorang farhan tapi panggil pak . Nama panggilan nak brutal je kan . Aku taktau pulak celah mane brutal nye tu . Sorang lagi iftifa panggil pulak yol . Itu kire toyol la tu , sesuai dengan badan kecik dan perangai serupa betul dengan toyol . Sungguh .

Kerja kitorang dulu fly . Bukan fly terbang atau fly lalat tu . Budak tak sekolah je mempunyai pendapat sebegitu . Dulu ingat lagi , hari rabu hari koko . Sebagai budak bomba ber-tshirt biru , kalau takpernah skip perjumpaan sekali memang menipu . Plan punye plan , dapatlah sebuah teksi nak ke seremban parade . Kitorang budak asrama , maka takde lah kereta ke motor ke nak cekau keluar sekolah . Dapat teksi pon dah syukur Alhamdulillah . Peh bakat aku dalam rhyme semakin terserlah . Heh ape jadah ?

Kalau bukan rabu , jumaat tu wajib pergi main boling . Mentang-mentang pak guard sekolah tu lepak , muka masing-masing taknak kalah lepak jugak . Padahal dalam hati dah dupdapdupdap takut pak guard melaung tetiba ‘woi kau nak kemana tu ?’ kan . Nasib baik sekolah aku sekolah harian . Campur budak asrama dan outsider . Muka time berjalan keluar tu memang outsider habis lah aku rasa . Cemane muke outsider aku pon taktau .

Dulu-dulu jugak femes betol kalau selalu sakit nak pergi klinik . Dapat tidur bilik sakit satu hal . Dapat naik van acik beni pergi klinik kesihatan tu satu hal lagi . Gaya dia pandu van macam pandu lambhorgini . Terbang-terbang van tu bila dia drive . Musykil jugak aku , kenapa Tengku Jan yang jadi drifter tapi bukannya Beni Superpower . hurmm . Bila yang ke klinik nye budak-budak muke fly sentiasa , memang lepas jumpe doctor terus hilang tanpa khabar berita lah . Destinasi nye kalau tak terminal one , pergilah ke jj . Yang ganas sikit terus amek ktm pergi kl . Amboi ganas la sangat . Jumpe mak bapak dekat luar , nyorok celah patung seksi jugak lah cerita dia .

Musuh time sekolah dulu kalau tak pak guard , ha warden lah yang lainnya . Sayu betul kalau sedap-sedap plan nak fly tetiba nampak warden elok je senyum pandang . Perosak plan betul . Ini spesies2 maluin pepel la ni . Ada sekali tu , habis je boling terus amek teksi balik sekolah balik . Dan-dan lalu depan gate sekolah , nampak pulak Honda Mobilio hitam macam kereta mayat tu . Siapa tak kenal Ustaz Zaini , garangnya tidak tapi takut nye nauzubillah rasa nak terberak . Rotan besar panjang dia tu , kalau dapat kat nenek aku memang syurga . Kelam kabut suruh pakcik teksi jalan terus pergi simpang gate belakang sekolah . Hulur duit pastu terus toyol lompat masuk longkang , pak pulak berlari nyorok belakang gerai acik burger dan ice blended . Aku tunggu dalam teksi ehehe . Honda mobilio tu dah slow semacam dah . Tapi disebabkan kitorang tiap2 tahun jadi best student , mungkin dia rasa bersalah kot dan terus berlalu pergi .

Bila yakin semua dah clear , masing-masing keluar dari tempat sembunyi terus panjat pagar sekolah . zuppp masing-masing lari taknak kalah macam usain bolt . Cuma belum cukup negro je lagi . Aku pegang baju di bahagian ketiak . habis basah lenCUN . 

Sunday, 26 August 2012

Konvoi Raya yang Diberkati


Harini hari Sabtu . Kenapa hari Sabtu ? Sebab semalam Jumaat .  Kenapa semalam Jumaat ? Sebab kau bodoh tak tengok calendar . Maka semalam dengan harini adalah hari paling letih sedunia . Belum cukup letih kalau kau cakap kau baru berenang merentas lautan api . Belum cukup letih kalau kau cakap kau baru mendaki gunung yang tertinggi . Tapi tu bukan ke quote jijik orang yang tengah bercinta ? Doh .

Ini cerita raya . Cerita gembira . Cerita sukaria . Kalau nak carik cerita macam vanilla coklat tengok tb senyum2 sebab romantic , rasanya dah boleh pegi mati . Semalam bersamaan tarikh pekebende entah aku lupe , budak shams budak sekolah lama aku plan nak konvoi reramai . Konvoi apa ? Mesti ah konvoi raya . Takkan pulak nak konvoi ex5 ‘peh bikin tu bikin ni nanti jadi gempak sial moto kau’ takdo do takdapek do . Haritu semua berkereta ada 6 bijik kesemuanya . 

Plan nye pukul 9 pagi dah kumpul dekat rumah nash . Caucincau pukul 10 lebih sampai rumah ikhwan . Biasa lah lambat setakat sejam 2 jam . Tak melayu lah kalau nak tepat2 je masa . Lepas minum teh o panas buat muka orang dah dewasa , semua beratur kutip duit raya depan ikhwan . Seploh ringgit sorang , memang lepastu semua dah cita2 nak beli tamia dah . Tapi apakan daya , tamia sekarang cuma layak jadi gambar dalam google je sobs .

Lepastu gerak pulak pergi rumah pikapi . Peh sampai2 je aku nampak nasik impit goreng . Syaiton betol ni memang kes dengki nak hilangkan 6 pax aku ah ni . Tapi sebab hati aku tak benti2 mengucap syukur , apa lagi ngap lah banyak2 campur pulak dengan the killer kek batik pikapi tu . Masuk kampus nanti mesti semua ingat aku ni Aaron Aziz versi gempal sikit . Celaka apa aku semakin perasan . Tapi dan-dan nak zohor nak jumaat dah , cepat2 pakcik nan cheese naik motor pergi masjid . Duit belum masuk sampul letu . Mengiringi bunyik ekzos moto pakcik hasnan ialah pandangan mata aku yang berkaca ….. lepas rumah anis , zuppp zuppp terus pergi jumaat dekat masjid paroi jaya .

Lepas tu ada lah pergi rumah tc zai makan spaghetti , pergi rumah bid makan mee goreng , pergi rumah memey makan nasik lemak lauk ayam , pergi rumah jas makan mee sup podeh dan akhir sekali pergi rumah Cg Azmah makan sate dan nugget . Sambil makan2 tu , tersentuh jugak bila teringat raya umat islam dekat palestin dekat sudan bagai tu *background suara budak jerit dari video abiiiiii ya abiiiiii . Dengan penuh simpati dan sedih , aku pun suap sate dekat kucing cg azmah yg tgh duduk sebelah aku tu . Simpati tak bertempat -,-

Ini ada sedikit gambar dari kamera tajam . Bila kumpul ramai2 , memang keluar DSLR la jawabnye . Yelah takkan nak merakam memori guna camera phone buruk kau tu ye tak ? Tak Yuna langsung .

Aku syak Jas bercita-cita nak jadi maid rumah anis kot

yang sopan ni mesti lah rumah aida , nampak Tc Zai jeling dari dalam tingkap semua  bergambar gaya ulamak terus

ini dekat playground depan rumah bid , umar bukan cover comel , dia memang selalu begitu

ini rumah pikapi , aku tensyen takdapat bergambar sebelah falhie 

ini dekat rumah jas . Puas hati aku ! terbayang aku berjambang macam tu -,-

ini dekat rumah ikhwan , aku taktau ape motif jas . nak menari nourishams ya habibi nourishams kot

rumah Cg Azmah 


yang ni dekat rumah shaggy shed

Habis dekat nak maghrib . Diorang balik . Aku tak . Aku join kamal pak sambung merayau rumah dekat paroi . Lepastu pergi jj merayau . Pukul 10 lebih terus pergi rumah pakcik kamal dekat margosa . Pekena pulak mihun goreng dengan sate . Perut binatang betul . dupdup sampai rumah terus on9 dan tidur . Mandi ? Lupakan -,-  . 

p/s - eh harini hari apa ? berapa haribulan ? nak calendar ?

Saturday, 25 August 2012

Baju Merah Baju Biru


Baju merah baju biru . Dengan gembira main lari-lari . Satu hari baju merah terlihat mentari , disebalik gunung nun jauh meninggi . Baju merah mahu pergi , niat ingin menyentuh sang mentari . Baju biru melarang sekali . Katanya ,

itu mentari , tak mungkin kau dapat sentuh guna jari’ .

Baju merah tinggi diri , 

tiada apa yang tidak dapat kumiliki’ .

Lalu baju merah mula berlari , diikuti baju biru sekali .

Baju merah baju biru . Sampai di suatu tempat , awan mendung berarak kelabu . Baju biru minta berhenti disitu . Namun baju merah terus melulu . Katanya ,

aku boleh tahan itu, hanya hujan tiada mudarat kepadaku’ .

Maka baju merah makin melaju . Disusurinya jalan berbatu . Hingga tiba di kaki gunung , baju merah tunduk meminta restu . Katanya penunggu gunung ada disitu . Baju biru diam membisu .

Baju merah baju biru . Semangat baju merah sangat jitu . Di panjatnya gunung dengan penat lelah , dengan harapan impiannya tiada hanya berserah . Baju biru memanggil-manggil .

aku sudah menyerah , jika diteruskan aku dan mungkin kau juga akan rebah’ .

Baju merah tidak beralah .

orang lemah memang sentiasa mengalah’ .

Baju biru tidak peduli , misi gila ini harus dirancang dulu . Buta melulu nanti padah menanti . Baju merah semakin tiada hati .

hidup kau bukan hidup aku , kau disini , biarku pergi dulu’ .

Sampai langkah yang ke seribu , baju merah jatuh tersungkur . Rebah di atas pacaknya pohon kayu . Benar , baju merah pergi dahulu .

….Dan baju biru pergi cari kawan yang baru .

Friday, 24 August 2012

Sambil nyanyi lagu Padi - sahabat selamanya


Mengapa tuhan cipta perpisahan pada setiap pertemuan hamba Nya ?
Mungkin kerana kita tidak akan tahu betapa indahnya saat bersama sahabat selagi kita masih bersama
Mungkin kerana kita tidak akan tahu apa itu persahabatan dalam hidup jika wajah sahabat tidak hilang dari mata
dan mungkin kita tidak akan tahu kemanisan dalam persahabatan andai kita sentiasa mencipta kenangan tanpa dapat menamatkan ia …

-Anuar Zain-

Thursday, 23 August 2012

Kisah anjing yang tamak


Tadi aku pergi public bank . Niat nak keluar duit tu dah ade . Tapi atm pulak buat masalah . Kenapa buat masalah ? Lu pikirlah sendiri . Hurm hambar -,- . Maka aku gerak pulak pergi bank islam . Bank ini selalu jadi pilihan aku . Memang muda-mudi masa kini lebih islamik untuk memilih bank islam . Nak kata bagus tak jugak . Tapi Alhamdulillah wa syukurillah mereka dah insap . Tapi bukan sap kawan sekolah aku dulu . Dia tom cruise . Ini pulak cerita fakta bukan auta . Maka salah lah fakta aku .

Tekan punya tekan , atm cakap tolak seringgit duit akaun . Dasar hati dermawan , aku pun dengan rela hati sedekah seringgit kat bank islam . Tak baik tau main cekau duit pelanggan . Slogan dah ‘pelanggan diutamakan , bank islam menjadi pilihan’ . Tak kire lah betul ke salah slogan tu , ini lah sifat mazmumah nak pau duit aku . Sikit punya gembira bila ratusan kertas keluar dari atm tu . Walaupun sebenarnye ratusan duit dan bukan ratusan kertas , aku hanya cuba nak nampak banyak . Ratusan kertas not 50 ringgit kalau tambah darab dah 2 juta . Dah boleh beli perodua kancil nak pergi kampus .

Sambil melambai duit tebal otw ke kereta , aku nampak sebuah proton saga . Melaju nak mampus lagaknya . Dia ingat dia sporty macam Proton Juara ke apa ? Mungkin kejar traffic light , atau mungkin kejar awek motor ex5 pakai baju pink tadi . Dekat-dekat nak langgar seekor anjing dah bila dia drive laju macam tu . Kan tak elok aniaya binatang walaupun binatang tu haram bagi kita . Sambil menggeleng kepala tanda kesal , aku pun sampai ke kereta . Aku nampak anjing sebelah kereta . Dia buat apa ? Dia kencing sebelah kereta . Lalu terdengar pulak suara seekor anjing melaung akibat badan sakit dibaling batu, sambil kereta aku meluncur pergi dengan laju … Celaka punya anjing !

Monday, 20 August 2012

Raya punya kisah


Hai semua . Aku kat mane ? Aku kat kampung . Kampung kat mane ? Kampung kat jelebu . Kenapa kampung kat Jelebu ? F you . Diam jangan banyak tanya . Maka sejak aku sampai Jelebu haritu , banyak sangat perubahan . Dekat satu jalan besar sini , dulu berbukit penuh hutan belantara , hutan tropika semua siap ade burung enggang dengan rafflesia lagi tapi yang aku nampak haritu cuma bukit togel yang sudah tidak virgin lagi . Angkara siapa ? Jangan tanya .

Sampai je kawasan kampong , tiba kat satu selekoh aku nampak penuh sampah sarap bertebaran bergelandangan tanpa hala tuju eh ? Siapa punya kerja ? Jangan tanya . Tetiba teringat pulak kenangan dulu main basikal , masuk kampung Sungai Buluh keluar dekat Kg Baru . Menipu kan ? Dan teringat jugak lepak sawah rayau-rayau , mancing ikan dekat sungai triang , campak mercun dalam peti surat , lastik mercun naga tinggi2 , ikot atuk kerat buluh dan lastik anak ayam -,-

Hidup di kampung lagi layan kot kalau nak bandingkan dengan bandar . Paling menyampah bila tengok cerita jenis perempuan bajet diva , speaking , pakai heels dan hat , pegang kipas , yang geli , rimas , jijik bila duduk kampung . deGucci apa nak euw euw sangat . Urban lah sangat . Konon . Padahal melantak sambal belacan depan tv sambil tengok La Usopadora jugak .

Ah bila teringat berapa hari lagi dah daftar masuk degree , hilang ah mood aku beraya dan bergumbira lompat2 camwhore bagai . Misi mencari duit pun terbantut . Yelah aku kan dah dewasa , dah matang , dah mula berfikiran jauh dan positif . Aduh celaka apa aku masuk bakul angkat sendiri ni . Al-maklumlah setan pun dah bebas , nak kipas ?

Saturday, 18 August 2012

DJ DAVE mesti laku !


ESOK raya . Kot . Tapi aku macam takde nafsu pulak nak raye taktau pehal . Nak cakap baju raya takde , tak pulak . Nak cakap kampung takde , tak pulak . Nak cakap pasal duit raya , InshaAllah kalau ade , MashaAllah kalau takde . Lagi 2 jam , aku nak gerak balik kampung dah and I’ll be leaving Seremban sendiri menyepi sunyi tanpa aku di sini . Walaupun macam gampang sikit ayat aku , tapi aku nak tanya kau . Ada aku kesah ? haha . Maka harini ialah hari terakhir kita semua berpuasa dan walaupun aku tahu kaum wanita tidak pernah penuh puasa mereka , aku nasihatkan oh jangan lah risau . Tahun depan cuba lagi -,- . Sekarang pun tengah konpius nak bawak lappy balik kampung ke tak . Boleh on9 , boleh layan muvi . Kampung aku takde wifi , aku pun takde henset mahal-mahal blekberi aipon bagai nak on9 gune phone . Aku hanya ada 3310 dan aku amat bersyukur di atas kurniaan Nya eceh haha . Tetiba mama pulak mengidam cendol cik moni kat kampung tu , tapi mane pulak datangnya baby dalam perut tu ? Ayah !

Kepada semua umat Islam seluruh dunia terutama di Malaysia ,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Wednesday, 15 August 2012

Akhirnyaaaa kini pasti !


Hai . Aku dah bebas . Kau tau ape maksud bebas ? Bebas tu macam satu perasaan dimana kau rasa gembira nak pukul perut buncit najib , kepala rasa ringan takde rambut kembang rosmah , tak lapar , tak sedih , tak marah , dan perasaan lega bila baru berlari pergi bilik air dan bersedekah kepada jamban rumah kau . Walaupun tak epic , tapi aku harap kau paham betapa aku terasa seperti di awangan bila sekarang ni aku boleh bagitau semua orang yang aku dah BERHENTI KERJA ! yeay woof woof !

Walaupun tetibe mata aku berair masuk habuk bila jalan keluar dari kilang tu tadi , aku tetap gumbiraaa sukun kini aku dah ade life balek dah jadi manusia balek . Memang tak tipu doh . Kerja kat Xyratex tu layan woi . Kalau takde kerja , kalau barang belom sampai , kalau niat rajin tu belom datang , memang bahagia ah duduk lepak borak2 gn member2 kilang yang lain . Berapa minggu aku makan gaji bute dah alamok mampuih cik enon .

Mule2 aku masuk dulu , rajinnye ya rabbi hahaha tapi bile dah lame2 tu , normal lah … Semua manusia camtu ye ye ye kau jangan sangkal ape aku cakap . Paling takleh lupe bila aku dapat kerja dengan abang wan , kak zura , kak ten , kak linda , mentol , teha , roy , intan , acap , arvind , syasya , nazrul , afdhal , tun lin dan budak2 myanmar yang lain . 

Tapi makin lame aku keje situ , makin kurang budak2 melayu and last2 tinggal aku , bang wan , teha , intan gn kak zura je haha . Yang lain ada pergi kerja tempat lain , ade yang sambung belajar dan jatuh peranakan eh tetibe haha . Betapa pupus melayu kat area tempat kerja aku . Sebab tu lah kadang2 bile bangun lambat aku terus call leader aku mintak halfday , tapi dia tak marah pon . Yelah , kang mau lari semua budak melayu kang , takkan nak berkawan dengan Myanmar je 24 jam ye tak ? Mau tak berbuih mulut nak paham cakap Myanmar haha .

Perangai diorang pon semua okay , bang wan layan budak2 sebaya umur aku ni macam adek2 betul dia je . Menasihat kalah menteri padahal perangai same budak2 jugak . Selalu aku dengan teha yang duduk dua orang dengar cerita bang wan itu ini . Intan pulak sebok berkepit dengan bakal laki eh , teha pulak mulut dia nauzubillah kalau aku bwk jumpe nenek aku , mau dia kejar gune cangkul yang selalu dia gune nak buat batas sayur tu . *jangan bayangkan jangan bayangkan -,- . Teha , jangan marah eh makjan kalau kau tengah bace ni sebab aku taknak puji kau , dah banyak duet aku kau pau . Kalau sehari singget , kau kire berapa bulan aku keje mau tak seribu lima ratus dah habes tok kau sorang je ? Dah boleh renovate rumah aku kau tau ?

Akak2 yang lain pon semua penyayang je hehe mintak kaki saiz 7 ni . Nanti mesti aku rindu budak2 Myanmar jugak , dengan Win Bo yang sebenarnye 3 tahun lagi tue dari aku tapi perangai macam budak darjah 6 saket hati aku haha . Lepasni takdapat tibai henset naing win main game lagi , takdapat tengok soe min zaw gn aye aye dating lagi lepastu aku tutup mata pura-pura tak nampak sebab maluuuu =_= , takpat tengok thi dar tilik tapak tangan lagi , takpat tengok zhint mar mencarut jadah entah dalam bahase Myanmar sorang2 lagi , kacau mawi , mat teng , ngar reh , dan seramai umat Myanmar kat kilang tu lagi . Dan mungkin aku takkan jumpe diorang lagi …

yelah nanti habes kontrak , diorang balek Myanmar hidup kat tempat asal diorang balek . So kembali kepada reality , macam aku tak pernah jumpe diorang lah haa cenggitu lah umpamanye . Kalau aku nak cerita , kau bagi aku 30 minit lagi pon tak habes-habes and macam la ade orang bace and nak bace kan haha sedih . so ni je gambar yang aku sempat curik dari henset diorang .






ini memang jijik ada love2 tapi bukan keje aku

I’ll be missing you guys , thanks ah tolong ajar aku macam2 dari sebiru-biru perkara sehingga seputih-putih pengalaman ehem paham sendiri je lah . sebab perangai aku cenggini , aku takde ah culture shock bila duduk dengan diorang . kalau orang lain , haaa mesti terkejut beruk kau semua . serius aku cakap dahsyat gile haha . hok keh tenkiu kerana membaca baibaibai lambai ~(^_^~)

p/s – surat berhenti yang aku post kat blog ni dulu tu aku dah hantar . nak tau ape respon bos aku ? ‘HELL NO YOU DUMBASS!’

One more day



Esok hari last aku kerja dekat Xyratex . Kau faham tak perasaan macam budak-budak dah nak habis PLKN ? Bukan part lega dah free tu tapi perasaan lagi satu …


Monday, 13 August 2012

Forgive Me




Ya Allah , ampunkan aku andai Ramadhan ini tidak ku manfaatkan dengan sepenuh hati sehingga aku rela rugi nikmat-nikmat yang kau beri .



p/s – ketinggalan juz yang jauh , I think I can’t make it tapi InshaAllah I’ll try

Saturday, 4 August 2012

Fyeah !


Yang celakanya pasal mereka ini bila pekerja awam takut untuk memilih sistem demokrasi ketika tiba masa mengundi kerana berkemungkinan ‘kantoi’ mengundi mereka dan berkemungkinan jugak akan ditukarkan ke tempat pekerjaan yang jauh : Sabah Sarawak especially . ‘Mereka-mereka’ itu boleh check undi , ‘mereka-mereka’ itu boleh check sekiranya pekerja membuka laman H atau laman SK di laman web dalam pejabat.  

Tahun ini , pekerja-pekerja Wisma Negeri Sembilan akan diberikan bonus secara cash pada mulanya , kemudian tukar cara pula . Separuh akan di bank in dan separuh lagi akan diberikan secara cash . DI PEJABAT MB . Alasan ? Orang bodoh pon boleh fikir . Berapa ribu makhluk kena beratur semata-mata perlu berjumpa seorang demi seorang ?

Kenapa gaji orang , duit orang , sesuke hati nak beri cash separuh bank in separuh cash , nak kena jumpe DEPAN_DEPAN pulak . Itu hak mereka , itu milik mereka . OH , nak nasihat DEPAN_DEPAN suruh undi mereka ye ?

Kelmarin pulak , lawatan King dan Queen kita ke Paroi . Tapi firasat aku mengatakan mereka berdua itu adalah KING dan juga KING . Al-maklumlah kita kan ada dua pentadbir . Lawatan untuk memberi hadiah hari raya , iftar bersama-sama . Aku dengar mentedarah kfc ye ? Prihatin sungguh kepada rakyat kan ? Alhamdulillah duit rakyat kembali kepada rakyat . EH kenapa banyak bendera biru bersusun-susun sepanjang jalan kat paroi tu bila mereka nak datang ? Nak mengampu ? Lawatan sebagai KING atau lawatan sebagai Presiden MEREKA ? Think .