Semalam punye
semalam , aku bangun awal . Pukul 7 pagi aku dah bangun . Kenapa bangun awal ?
Kerana memang selalu aku bangun awal . Menipu bukan keje aku . Maka aku nak
mintak maaf . So semalam punye semalam , aku kene hantar okie balik ASWARA . Untuk
sesiapa yang tak pernah dengar , itu adalah Akademi Seni Warisan dan Budaya
Kebangsaan . Sebenarnya aku tak sure . Maka kau google lah untuk kepastian . Tapi
jangan guna internet explorer . Sebab nanti nampak macam ketinggalan zaman .
Semalam punya
semalam , aku siap-siap mandi dan terus start enjin kereta . Bila kau rewind
balik 10 minit kebelakang , aku tengah brekfes pagi . Tapi aku makan nasi lauk
ayam masak kicap masakan mama . Pakej sekali dengan lunch ke apa aku pun taktau
. Pukul 8 setengah pagi , kami pun berangkat . Tapi mestilah aku yang drive . Takkan
okie pulak , tak matang langsung kalau tak drive .
Semalam punye
semalam , aku tekan pedal minyak sedikit demi sedikit . 60…70…100…125…140..
dan-dan nak cecah 150 tetiba avanza depan aku brek . Celaka betul dasar takde P
. Nasib baik aku sempat brek . Kalau tak sekarang budak fesbuk budak twitter
semua dah buat kenduri tahlil dah . Lepas usap-usap sticker P kereta aku , aku
meneruskan perjalanan . Tapi dengan kelajuan yang memberangsangkan . Sebab apa
? Sebab tadi ada orang tua naik basikal ketuk tingkap aku . ‘biar lambat
asalkan selamat’ . eh ? Atuk Astro ?
Semalam punya
semalam , ade dalam berapa kilometer lagi nak sampai tol sungai besi . Bila aku
nampak kereta beratur macam pelanggan kat bazaar ramadhan paroi nak beli popia
kuala kangsar , hati ini memujuk sayu . Buka tingkap , tutup aircond . Yelah
disamping penjimatan , dapat menghirup udara segar ye tak . Asap ekzos
sekali-sekala apa salahnye . Lagipun paru-paru aku bersih . Takde carbon
monoxide , kata orang . Berapa punye lama aku duduk dalam jam kat situ . Tapi
Allah menyayangi hamba-hambaNya yang bersabar . Lalu aku pun keluarkan tasbih
dalam laci dashboard dan kepala aku mula terangguk-angguk .
Semalam punye
semalam , kitorang sampai kampus pukul 1
tepat . Lepas zupp zupp zupp semua barang okie , aku uturn dekat padang kampus
dan terus memecut ikut Volkswagen Beetle depan aku . Malangnya sampai dekat
traffic light depan tu , beetle tu lepas lampu merah dan aku tidak . Bastet
betol aku rasa . Dalam kepala aku fikir destinasi seterusnye . Kalau nak keluar
dari KL waktu2 macam ni memang mimpi . Manusia-manusia semua tengah lunch . Last2
pergi Time Square merayau . Parking dekat bukit bintang , bayar 7 ringgit
parking 2 jam dekat manusia cekik darah tak gune tu dan terus jalan kaki masuk
sane . Tapi macam sadis pulak jalan sorang2 maka aku text lah Shaggy ajak lepak .
Aku : Aku
dekat ts . jom datang sini .
Shaggy :
Jom . haha . aku da abes kelas da ni .
Dasar budak
takde moral , asal takde kelas lepak jelah kejenye . Dan setengah jam kemudian
tiba lah shaggy menaiki monorail . Pusing-pusing , layan Premium Rush dan terus
pergi UIA PJ hantar Shaggy balik . Singgah sana ingatkan nak lepak kejap dengan
Pak tapi dia haram ade kelas pulak . Hati yang membara aku bawa balik ke
seremban . Ah abaikan . Aku bosan . Tahap ghaban . Bai
No comments:
Post a Comment