Saturday, 4 August 2012

Fyeah !


Yang celakanya pasal mereka ini bila pekerja awam takut untuk memilih sistem demokrasi ketika tiba masa mengundi kerana berkemungkinan ‘kantoi’ mengundi mereka dan berkemungkinan jugak akan ditukarkan ke tempat pekerjaan yang jauh : Sabah Sarawak especially . ‘Mereka-mereka’ itu boleh check undi , ‘mereka-mereka’ itu boleh check sekiranya pekerja membuka laman H atau laman SK di laman web dalam pejabat.  

Tahun ini , pekerja-pekerja Wisma Negeri Sembilan akan diberikan bonus secara cash pada mulanya , kemudian tukar cara pula . Separuh akan di bank in dan separuh lagi akan diberikan secara cash . DI PEJABAT MB . Alasan ? Orang bodoh pon boleh fikir . Berapa ribu makhluk kena beratur semata-mata perlu berjumpa seorang demi seorang ?

Kenapa gaji orang , duit orang , sesuke hati nak beri cash separuh bank in separuh cash , nak kena jumpe DEPAN_DEPAN pulak . Itu hak mereka , itu milik mereka . OH , nak nasihat DEPAN_DEPAN suruh undi mereka ye ?

Kelmarin pulak , lawatan King dan Queen kita ke Paroi . Tapi firasat aku mengatakan mereka berdua itu adalah KING dan juga KING . Al-maklumlah kita kan ada dua pentadbir . Lawatan untuk memberi hadiah hari raya , iftar bersama-sama . Aku dengar mentedarah kfc ye ? Prihatin sungguh kepada rakyat kan ? Alhamdulillah duit rakyat kembali kepada rakyat . EH kenapa banyak bendera biru bersusun-susun sepanjang jalan kat paroi tu bila mereka nak datang ? Nak mengampu ? Lawatan sebagai KING atau lawatan sebagai Presiden MEREKA ? Think . 

2 comments:

  1. penat layan politik ni.bukak tb sokong govrn baca harakah sokong PR. Aku bukan penyokong tegar govrn bukan jugak supporter PR. Tapi aku support kalau melayu gabung dgn melayu.

    Biaselahhh, nak buat mkn2 tunjuk prihatin kat rakyat nanti dpt undi mudah dr org tua ganyut yang tak fikir panjang.Nak pancing budak muda mat rempit pun dah demand sekarang.

    ReplyDelete
  2. yang lagi kesian bila pembaikan itu ini semua mereka laksanakan dekat kawasan bukan jajahan atau hampir kepada bukan jajahan kerana nak raih undi , kawasan yang menangkan mereka , dibiar mundur sendiri

    ReplyDelete