Sunday, 26 August 2012

Konvoi Raya yang Diberkati


Harini hari Sabtu . Kenapa hari Sabtu ? Sebab semalam Jumaat .  Kenapa semalam Jumaat ? Sebab kau bodoh tak tengok calendar . Maka semalam dengan harini adalah hari paling letih sedunia . Belum cukup letih kalau kau cakap kau baru berenang merentas lautan api . Belum cukup letih kalau kau cakap kau baru mendaki gunung yang tertinggi . Tapi tu bukan ke quote jijik orang yang tengah bercinta ? Doh .

Ini cerita raya . Cerita gembira . Cerita sukaria . Kalau nak carik cerita macam vanilla coklat tengok tb senyum2 sebab romantic , rasanya dah boleh pegi mati . Semalam bersamaan tarikh pekebende entah aku lupe , budak shams budak sekolah lama aku plan nak konvoi reramai . Konvoi apa ? Mesti ah konvoi raya . Takkan pulak nak konvoi ex5 ‘peh bikin tu bikin ni nanti jadi gempak sial moto kau’ takdo do takdapek do . Haritu semua berkereta ada 6 bijik kesemuanya . 

Plan nye pukul 9 pagi dah kumpul dekat rumah nash . Caucincau pukul 10 lebih sampai rumah ikhwan . Biasa lah lambat setakat sejam 2 jam . Tak melayu lah kalau nak tepat2 je masa . Lepas minum teh o panas buat muka orang dah dewasa , semua beratur kutip duit raya depan ikhwan . Seploh ringgit sorang , memang lepastu semua dah cita2 nak beli tamia dah . Tapi apakan daya , tamia sekarang cuma layak jadi gambar dalam google je sobs .

Lepastu gerak pulak pergi rumah pikapi . Peh sampai2 je aku nampak nasik impit goreng . Syaiton betol ni memang kes dengki nak hilangkan 6 pax aku ah ni . Tapi sebab hati aku tak benti2 mengucap syukur , apa lagi ngap lah banyak2 campur pulak dengan the killer kek batik pikapi tu . Masuk kampus nanti mesti semua ingat aku ni Aaron Aziz versi gempal sikit . Celaka apa aku semakin perasan . Tapi dan-dan nak zohor nak jumaat dah , cepat2 pakcik nan cheese naik motor pergi masjid . Duit belum masuk sampul letu . Mengiringi bunyik ekzos moto pakcik hasnan ialah pandangan mata aku yang berkaca ….. lepas rumah anis , zuppp zuppp terus pergi jumaat dekat masjid paroi jaya .

Lepas tu ada lah pergi rumah tc zai makan spaghetti , pergi rumah bid makan mee goreng , pergi rumah memey makan nasik lemak lauk ayam , pergi rumah jas makan mee sup podeh dan akhir sekali pergi rumah Cg Azmah makan sate dan nugget . Sambil makan2 tu , tersentuh jugak bila teringat raya umat islam dekat palestin dekat sudan bagai tu *background suara budak jerit dari video abiiiiii ya abiiiiii . Dengan penuh simpati dan sedih , aku pun suap sate dekat kucing cg azmah yg tgh duduk sebelah aku tu . Simpati tak bertempat -,-

Ini ada sedikit gambar dari kamera tajam . Bila kumpul ramai2 , memang keluar DSLR la jawabnye . Yelah takkan nak merakam memori guna camera phone buruk kau tu ye tak ? Tak Yuna langsung .

Aku syak Jas bercita-cita nak jadi maid rumah anis kot

yang sopan ni mesti lah rumah aida , nampak Tc Zai jeling dari dalam tingkap semua  bergambar gaya ulamak terus

ini dekat playground depan rumah bid , umar bukan cover comel , dia memang selalu begitu

ini rumah pikapi , aku tensyen takdapat bergambar sebelah falhie 

ini dekat rumah jas . Puas hati aku ! terbayang aku berjambang macam tu -,-

ini dekat rumah ikhwan , aku taktau ape motif jas . nak menari nourishams ya habibi nourishams kot

rumah Cg Azmah 


yang ni dekat rumah shaggy shed

Habis dekat nak maghrib . Diorang balik . Aku tak . Aku join kamal pak sambung merayau rumah dekat paroi . Lepastu pergi jj merayau . Pukul 10 lebih terus pergi rumah pakcik kamal dekat margosa . Pekena pulak mihun goreng dengan sate . Perut binatang betul . dupdup sampai rumah terus on9 dan tidur . Mandi ? Lupakan -,-  . 

p/s - eh harini hari apa ? berapa haribulan ? nak calendar ?

No comments:

Post a Comment