Friday, 30 November 2012

I Speak #1



For those of you that randomly stop talking to me:

It’s okay, I understand. 
I hate me, too. 

But at least you can get away from me.

Thursday, 29 November 2012

Kopiah Mode Activated



Kenapa Allah datangkan ujian kalau bukan untuk menjadikan kita kuat dalam menghadapi dugaan? Kenapa Allah beri kita kesusahan sedangkan nikmat yang Allah beri itu tujuannya untuk menyenangkan ?

Kadang-kadang kita tak sedar.

Kita kaburkan mata bila nikmat bertaburan di depan mata. Bila di uji dengan kesusahan, masa itulah kita sibuk menyalahkan tuhan . Kita sibuk meratap dan merayu seperti orang tiada pedoman.

Itulah manusia.

Senyum bila menerima, menangis bila meminta. Andai dapat dibongkar topeng-topeng manusia, cuba teka berapa insan yang makin pudar nur di muka.

Kenapa tidak kita vice versa kan hidup kita ? Tidak pernah ke kita cuba untuk menangis bila menerima pemberian, nikmat dan anugerah Allah tanda kita syukur kepadanya? Tidak pernah ke kita cuba untuk tersenyum bila meminta belas kasih tanda kita sentiasa redha dengan ketentuanNya ?

Cinta Dia sebelum cinta manusia.

Cinta Dia.

Aku banyak dosa.

Ampunkan aku sebelum berpisah roh dan jasad si tuan empunya, sebelum diambil nyawa.

Ini bulan aku snap dekat belakang KK1 usim. Okay aku tipu aku google senanye kehkeh



p/s – maaflah terpoyo baik pulak malam ni. Ah at least tak cakap benda tak baik kan ? And bulan belakang kk1 memang cun melecun pun malam ni. Tak percaya ? Okay pergi mati -,-

Berdarah....



Tersepak pintu kaki jadi sakit
Terhantuk katil kepala jadi sakit
Tergigit lidah, lidah jadi sakit
Terjatuh tangga badan jadi sakit
Terhiris pisau kulit jadi sakit
Tapi bila terkunci dari luar bilik tanpa kunci di sisi lagi gampang sakit dia!

SAKIT HATI  t(-.-t)


Bitch please ?

Wednesday, 28 November 2012

Piteous


Every time I get really angry at someone, I ended up hating myself so much that I need to hurt me myself. All my actions and thoughts are so unreal and unrealistic but it feels so right to do the wrong things. Sometimes 
I´m not sure which scares me more. 
.................

Living or dying

Don't you think so ?

Tuesday, 27 November 2012

Hujan


Hujan lagi
Kalau ikut hati mahu diredah sampai mati
Tidak mungkin
Aku sedang cari kasih Ilahi
Pabila dicerita tentang hati
Jadi parah bila ianya berdarah
Bukan marah tapi tidak henti resah
Manusia dengan amarah, manusia dengan sifat gundah
Aku berdiri di situ sambil menunggu waktu
Andai tiba masaku
Kata-kata mungkin lebih melukai
Diam sepi siapa yang mengerti
Tunduk sujud siapa yang memahami
Kalau bukan Dia cinta sejati
Tuhan pemilik diri
Tuhan pemilik hati
Sujud aku mengemis cinta Ilahi
Cinta abadi
Cinta hakiki
Go Rosmah !




Tuesday, 13 November 2012

Percutian 2 Hari


Pagi Selasa yang  indah. Yang jadi tak indahnya bila hari ni jugak tanggeci minaci segala kerabat aci nak raya sakan Deepavali bagai. Tapi aku taknak menentang kerana siapalah kita tanpa mereka. Kalau mereka takde, takde lah cerita Hindustan ke ape ke yang bunyik macam takde kene mengena. Sebab aku malas nak sambung tidur, elok aku cerita cuti-cuti cinta ke Shah Alam hari Sabtu lepas. Nak kata sedih ye jugak. Maklumlah kelas aku 3 orang je budak lelaki. Memang kene pecah join group perempuan lah gamaknya. Rasa terancam pun ada jugak. Maka aku ialah kumbang ditemani empat bunga –bunga cinta untuk siapkan assignment video arab kitorang ni eceh eceh haha. Aku, Laila, Wani, Tikah dan Amal.

Sabtu tengahari plan nak gerak. Dengan semangat aku tidur lah kejap sampai Zohor konon bangun nanti terus segar nak drive. Pukul 2 diorang call aku cakap dah siap. Terjaga, terkejut, terpesona dengan jam yang aku tengah tengok time tu. Dengan belum mandi lagi, dengan barang tak pack lagi, memang waktu tu semua orang boleh panggil aku Superman Malaya lah kiranya. Tinggal sependar je nyorok dalam hihu. Zuuuup siapkan semua then kitorang gerak ke Shah Alam. Macam biasa, cuaca 4 musim kat Malaysia ni kan sekarang makin menjadi-jadi. Haritu dah musim durian, then musim panas, then musim buang anak, sekarang musim hujan pulak. Dengan zuhudnya, aku slow down kan pemanduan dan beralih ke lane kiri. Sweet sekali bila kene ikot belakang lori ayam. Manis.

Sesampai je sana terus pergi PKNS, SACC Mall then pergi Masjid Biru nak solat Asar dan Maghrib. Sambil rakam2 ala-ala pengacara tengah memperkenalkan tempat menarik, ada lah jugak insiden-insiden memalukan yang diorang buat haha. Haih golongan minoriti aku ni, dok pandang senyum yolah. Lepas Maghrib pergi iCity pulok. Hujan lagi tapi alang-alang dah sampai, lencunkan aje lah. Ada lah dalam 2 jam merayau situ campur letih main kat arcade bawah tu tapi takde satu benda pon yang menang. Gosh aku rasa diorang dah pasak arcade tu kasi takde sape menang. What a waste of money haha. Angin sejuk yang mendayu bertiup tu dah mula buat aku rasa nak demam dah. Diorang bolehlah pakai tudung takde lah kene air hujan sangat. Selsema datang, sakit tekak datang, batuk datang. Terus gerak balek rumah nenek Laila dekat Klang. Sesampai je terus mandi then minum malam sambil makan kek coklat ahhhh nyaman nye rasa.

Kenapa aku terlibat dengan diorang peace2  ni  haha
Pagi Ahad. Amal entah berapa jam panggil2 aku dalam bilik suruh bangun Subuh. Bila dah nama nya bakal suami mithali, memang kene terus bangun ah cerita dia. *pegang sepanduk “KAMI NAK ISTERI! KAMI NAK ISTERI!” hahaha. Breakfast pagi tu nasik goreng Jawa masakan nenek Laila, dengan campurisation of sandwich telur dan roti hotdog. Heaven betul bangun2 je semua terhidang depan mata. Terasa disayangi betul kehkehkeh hah amek kau sekali aku pusing kan benda bulat kaca kat tengah2 meja makan tu, habis air teh Laila tumpah. Lap lap lap *pandang dinding pura2 taktau. Siap je terus gerak pergi Tasik Shah Alam main kayak. Aku la photographer tak bertauliah haritu. Yang lain senyum buat peace je lah snap snap snap. Bile laaa aku boleh buat macamtu jugak. HAHA taubat taknak. Lepas kekonon nak picnic tepi tasik, terus pergi Bukit Cerakah.





Buai tempat atuk dengan nenek Laila dating malam2 hmmm

Taman Setia Cahaya Alam Shah, Taman Botani Negara entah pekebende nama banyak sangat aku pun taktahu. Yang aku tahu sesampai sana je Rumah 4 Musim tutup. Memang kecewa, tapi nak buat cemane. Amoi berbillion depan mata so bahagia je lah aku rasa O.o Disebabkan tempat tu besar nokhorom, kitorang sewa basikal buat pusing taman gedabak nye pun. Hai memang celaka ayam ah bukit dia tu memang peh peh peh. Seksa jiwa batin aku mengayuh berapa kilometer entah. Dalam sejam lebih mengayuh , akhirnya habis lah pusing jalan sebelah sini. Sebelah sana semua tak pusing lagi. Siapa yang nak ajak aku pusing sana pulak memang mintak kaki pakej dengan cagu aku kasi. Habis lelekit badan aku, bau pandan pun ade jugak hikhokhikhok. Petang tu balik rumah dengan tak mandi terus je aku tidur. Bangun-bangun je dah ada minum petang pulak then baru mandi siap nak gerak lepas maghrib. Nak ajak nenek atuk Laila bergambar freestyle lompat2 takboleh pulak. Last-last balik Nilai sambil buat muka letih konon baru lepas perang bersalinkan bayi hihu. Kenangan, tinggalkan kat sana. Ada jodoh datang lagi J

Sunday, 11 November 2012

Sesampainya di Nilai


Cuti-cuti tamsil Arab sudah tamat. Ingin bercerita tapi terasa nak demam pulak.
Dengan batuk lagi, sakit tekak plus selsema, bersungguh-sungguh betul ye :3
Aku tidur dulu. I'll be updating soon bebai .