Pagi Selasa
yang indah. Yang jadi tak indahnya bila
hari ni jugak tanggeci minaci segala kerabat aci nak raya sakan Deepavali
bagai. Tapi aku taknak menentang kerana siapalah kita tanpa mereka. Kalau
mereka takde, takde lah cerita Hindustan ke ape ke yang bunyik macam takde kene
mengena. Sebab aku malas nak sambung tidur, elok aku cerita cuti-cuti cinta ke
Shah Alam hari Sabtu lepas. Nak kata sedih ye jugak. Maklumlah kelas aku 3
orang je budak lelaki. Memang kene pecah join group perempuan lah gamaknya. Rasa
terancam pun ada jugak. Maka aku ialah kumbang ditemani empat bunga –bunga cinta
untuk siapkan assignment video arab kitorang ni eceh eceh haha. Aku, Laila,
Wani, Tikah dan Amal.
Sabtu
tengahari plan nak gerak. Dengan semangat aku tidur lah kejap sampai Zohor
konon bangun nanti terus segar nak drive. Pukul 2 diorang call aku cakap dah
siap. Terjaga, terkejut, terpesona dengan jam yang aku tengah tengok time tu.
Dengan belum mandi lagi, dengan barang tak pack lagi, memang waktu tu semua
orang boleh panggil aku Superman Malaya lah kiranya. Tinggal sependar je nyorok
dalam hihu. Zuuuup siapkan semua then kitorang gerak ke Shah Alam. Macam biasa,
cuaca 4 musim kat Malaysia ni kan sekarang makin menjadi-jadi. Haritu dah musim
durian, then musim panas, then musim buang anak, sekarang musim hujan pulak.
Dengan zuhudnya, aku slow down kan pemanduan dan beralih ke lane kiri. Sweet
sekali bila kene ikot belakang lori ayam. Manis.
Sesampai je
sana terus pergi PKNS, SACC Mall then pergi Masjid Biru nak solat Asar dan
Maghrib. Sambil rakam2 ala-ala pengacara tengah memperkenalkan tempat menarik,
ada lah jugak insiden-insiden memalukan yang diorang buat haha. Haih golongan minoriti
aku ni, dok pandang senyum yolah. Lepas Maghrib pergi iCity pulok. Hujan lagi
tapi alang-alang dah sampai, lencunkan aje lah. Ada lah dalam 2 jam merayau
situ campur letih main kat arcade bawah tu tapi takde satu benda pon yang
menang. Gosh aku rasa diorang dah pasak arcade tu kasi takde sape menang. What
a waste of money haha. Angin sejuk yang mendayu bertiup tu dah mula buat aku
rasa nak demam dah. Diorang bolehlah pakai tudung takde lah kene air hujan sangat.
Selsema datang, sakit tekak datang, batuk datang. Terus gerak balek rumah nenek
Laila dekat Klang. Sesampai je terus mandi then minum malam sambil makan kek
coklat ahhhh nyaman nye rasa.
Kenapa aku terlibat dengan diorang peace2 ni haha |
Pagi Ahad.
Amal entah berapa jam panggil2 aku dalam bilik suruh bangun Subuh. Bila dah
nama nya bakal suami mithali, memang kene terus bangun ah cerita dia. *pegang
sepanduk “KAMI NAK ISTERI! KAMI NAK ISTERI!” hahaha. Breakfast pagi tu nasik goreng
Jawa masakan nenek Laila, dengan campurisation of sandwich telur dan roti
hotdog. Heaven betul bangun2 je semua terhidang depan mata. Terasa disayangi
betul kehkehkeh hah amek kau sekali aku pusing kan benda bulat kaca kat tengah2
meja makan tu, habis air teh Laila tumpah. Lap lap lap *pandang dinding pura2
taktau. Siap je terus gerak pergi Tasik Shah Alam main kayak. Aku la
photographer tak bertauliah haritu. Yang lain senyum buat peace je lah snap
snap snap. Bile laaa aku boleh buat macamtu jugak. HAHA taubat taknak. Lepas
kekonon nak picnic tepi tasik, terus pergi Bukit Cerakah.
Buai tempat atuk dengan nenek Laila dating malam2 hmmm |
Taman Setia
Cahaya Alam Shah, Taman Botani Negara entah pekebende nama banyak sangat aku
pun taktahu. Yang aku tahu sesampai sana je Rumah 4 Musim tutup. Memang kecewa,
tapi nak buat cemane. Amoi berbillion depan mata so bahagia je lah aku rasa O.o
Disebabkan tempat tu besar nokhorom, kitorang sewa basikal buat pusing taman
gedabak nye pun. Hai memang celaka ayam ah bukit dia tu memang peh peh peh.
Seksa jiwa batin aku mengayuh berapa kilometer entah. Dalam sejam lebih
mengayuh , akhirnya habis lah pusing jalan sebelah sini. Sebelah sana semua tak
pusing lagi. Siapa yang nak ajak aku pusing sana pulak memang mintak kaki pakej
dengan cagu aku kasi. Habis lelekit badan aku, bau pandan pun ade jugak
hikhokhikhok. Petang tu balik rumah dengan tak mandi terus je aku tidur.
Bangun-bangun je dah ada minum petang pulak then baru mandi siap nak gerak
lepas maghrib. Nak ajak nenek atuk Laila bergambar freestyle lompat2 takboleh
pulak. Last-last balik Nilai sambil buat muka letih konon baru lepas perang
bersalinkan bayi hihu. Kenangan, tinggalkan kat sana. Ada jodoh datang lagi J
No comments:
Post a Comment