Thursday, 19 July 2012

That Awkward Moment


Aku bosan , nak merepek sikit boleh kan ? Hah bacalah J

- That awkward moment apabila tengah menonton tv dengan ibu bapa dan tetiba keluar adegan 18sx

- That awkward moment apabila cikgu minta seseorang untuk selesaikan masalah add math di hadapan kelas dan semua orang pura-pura fokus tunduk menulis di buku

- That awkward moment apabila buat lawak tetapi member tidak ketawa dan terus sambung cerita yang lain

- That awkward moment apabila update status di facebook tetapi tiada seorang pun yang like atau komen

- That awkward moment apabila komen di status facebook orang lain dan beliau hanya reply ‘K’

- That awkward moment apabila nyanyi sorang-sorang dengan suara suprano tanpa menyedari orang sekeliling sedang mendengar

- That awkward moment apabila eksaited melihat pakaian cantik dan smart kemudian terus blah selepas melihat price tag

- That awkward moment apabila ambil nasi dan lauk dan bila sampai counter cashier , harga mahal nak haram hah sentap terus

- That awkward moment apabila buka wallet atau purse dan duit syiling jatuh berselerak

- That awkward moment apabila buka laman web atau blog dan keluar iklan ‘mengembalikan malam pertama’ atau ‘suami cepat “pancit”’ dekat sebelah tepi page tersebut

- That awkward moment apabila tersadung ketika sedang berjalan dan sedar seseorang sedang memerhati

- That awkward moment apabila sedang bercakap kemudian air liur terpercik , kawan hanya memandang sahaja pura-pura tak nampak

- That awkward moment apabila duduk sorang-sorang di meja makan kedai dan meja sebelah penuh dengan geng-geng lain

- That awkward moment apabila ibu bapa cuba menjadi kelakar dan buat lawak di hadapan kawan-kawan

- That awkward moment apabila masuk ke dalam kelas selepas ke tandas , semua orang memandang macam kita baru lepas buang air besar

- That awkward moment apabila tengok diri kita dekat cermin kereta orang lain kemudian sedar masih ada orang di dalam kereta tu

- That awkward moment apabila tengah termenung dan lama-kelamaan sedar yang kita tengah merenung seseorang

- That awkward moment apabila sedang snap gambar sendiri menggunakan phone sambil buat pipi tembam dan sedar seseorang sedang memerhati

- That awkward moment apabila menyedari sedang berjalan ke arah yang salah dan pura-pura tepuk poket seluar kerana terlupa sesuatu

- That awkward moment apabila terkentut semasa duduk beramai-ramai dan tidak berani bangun kerana nanti dituduh

- That awkward moment apabila sedang online facebook or twitter dan ibu atau bapa datang duduk di sebelah



p/s – handphone merupakan gadget terpenting ketika ‘that awkward moment’ . Kan ?

No comments:

Post a Comment