Tuesday, 15 January 2013

Bila mandi tak semestinya kena bogel



Tarikh tak ingat. 
Hari tak ingat. 
Masa pun tak ingat. 

Yang aku ingat haritu hari aku rasa gembira. Kenapa aku gembira ? Semestinya bukan sebab aku baru dapat jiran seksi skirt belah tinggi. Bukan. Haritu first time spend time dengan semua budak laki Financial Mathematics kuliah aku. Walaupun bila kau baca, then kau buat duckface tanda “hekeleh perlu ke cerita ?” eh blog aku suka hati aku ah kekeke. Memula aku plan benda tu, aku bagitau kat Miqdam. Tak sangka pulak mamat sorang tu semangat sampaikan ajak subuh berjemaah bersama. Bila dia mention tu, nak bagi alasan tak boleh. Nak melawan pun tak boleh. Diam buat muka redha je lah aku mampu.

Pagi-pagi pukul 8 dia dah kejut aku tidur. Lepas semua bangun, kitorang siap-siap then gerak pergi Air terjun Ulu Bendul. Kenapa bukan Jeram Toi ? Sebab nama dia Ulu Bendul. Lupa nak bagitau, ada sorang tak mandi before pergi tu. Siapakah dia? Yang pasti bukan aku. Sebab badan aku pagi tu bau Lifebuoy kaler biru. Sesampai kat sana, kitorang semua pakat dok beli sedap cucuk dengan keropok lekor dekat entrance air terjun tu. Kira breakfast ala-ala western lah gitu. Oh memang takde kena mengena haha.

Turun kereta. Nasib baik tak eksaited sangat dok melompat girang. Teringat aku sekarang dah 19 dah matang ehe ehe. Memula lepak pondok habiskan makanan dulu. Then kitorang gerak lah masuk hitam sebab nak pergi dekat kawasan yang tinggi dan dalam sikit. Setakat paras pinggang apekedehal nak mandi ye dok. Tak Shalin Zulkifli lah kalau mandi tempat cetek. Maaf aku baru teringat nama rinong pagarlela. Ade lah dekat setengah jam kitorang jungle-trekking itu  pun bukan jumpa tempat dalam. Last2 give up letak je barang dekat tepi2 tu then mandi atas dan panjat ke atas dan ke atas.

Peh bukan main lagi skill Mike dengan Nas dok loncat perform canon ball dekat situ. Patut la semangat bona ajak aku pergi air terjun. Apakan daya aku jarang terlibat dengan gejala tak sihat ni haha. berapa kali aku bercanon tak jadik2 jugak. Dok la berenang-renang situ sambil main-main dengan ikan duyung. Miang tau duyung zaman sekarang. Dah la sejuk bahaya betul mandi sejuk2 ni. Malang pulak Shakir terjatuh masa trekking dalam air. Habis kaki berdarah sikit tak dapat la nak mandi join sekaki.








Bila kau dah gembira mandi manda lepastu teringat yang nak patah balik pergi ke kereta itu merupakan satu azab, pilu tak hati kau rasa. Ha macam tu lah aku rasa. Alhamdulillah balik ke kereta tu rasa dekat sikit. Entah benda apa yang menolong hmm hmm nah ayam bakar dengan pulut kuning. Walaupun sekejap dan simple, terisik jugak la cuti aku setengah hari. Petang tu gerak pergi PD pulak. Nanti aku cerita. Semangat hutan, berjaga-jaga. 

Aku pandang guna mata.

3 comments: